in

Ah Long Dedah Sehari Hampir 40 Orang Hubungi Mahu Pinjam Wang Semenjak COVID 19 Melanda

Pinjaman Berlesen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat masalah kewangan, seorang pemberi pinjaman wang atau lebih popular dikenali sebagai ‘Ah Long’ mendedahkan yang dia menerima seramai 40 orang pelanggan setiap hari semenjak wabak COVID 19 melanda negara.


Menurut laporan Sinar Harian, Ah Long yang enggan dikenali itu berkata, jumlah pelanggan yang diterimanya setakat ini sudah melebihi 5,000 orang. Uish ramainya! 

Setiap hari kami menerima seramai 40 pelanggan sejak Covid-19 melanda negara. Rata-rata mereka terdiri daripada peniaga-peniaga kecil,” katanya.

Sinar

Tambahnya lagi, seorang peminjam akan dapat kemudahan kredit dalam tempoh satu jam sahaja. Peminjam itu pula hanya perlu menghantar gambar kad pengenalan atau MyKad dengan nama dan alamat rumah bagi tujuan permohonan.

 

Ada sedia pelbagai jenis pakej tapi kena letak cagaran 

Mereka juga ada menyediakan beberapa pakej kepada peminjam antaranya kadar faedah yang rendah tetapi peminjam kenalah letakkan cagaran seperti rumah, tanah atau harta lain.

“Kita ada menyediakan beberapa pakej pinjaman kepada pelanggan. Antaranya ialah menawarkan kadar faedah yang rendah tetapi peminjam perlu meletakkan cagaran harta seperti rumah, tanah dan kereta.

“Manakala bagi peminjam yang tidak mahu meletakkan cagaran, faedah yang rendah diberi sekiranya mereka meminjam dalam tempoh masa yang singkat,” jelasnya.

Main Ni 2001 P2A Nurilyanna 1

Ah Long itu juga mendakwa, peminjam hanya akan dikenakan faedah sebanyak lima peratus setahun.

Sebagai contoh, jika pelanggan meminjam sebanyak RM10,000 jadi kadar faedah yang dikenakan ialah sebanyak RM500 dan kalau RM20,000 pulak sebanyak RM1,000.

 

“Ini macam ah long pun bungkus sekali” – Netizen

Dalam isu ini rata-rata netizen berpendapat situasi peminjam yang terlalu ramai boleh menyebabkan masalah pula kepada ah long di luar sana. Silap-silap ah long pun ‘bungkus’ sekali kerana terlalu ramai peminjam.

Long

Apa-apapun nasihat admin, jauhilah daripada meminjam kepada Ah Long. Kalau tak boleh bayar, takut jadi hal lain pula. 

Baca: Pagar Rumah Pernah Dirantai Dari Luar, Wanita Ini Dedah ‘Nightmare’ Beli Rumah Daripada Peminjam Ah Long

Peminjam

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.