Sebelum ni pernah kecoh di laman media sosial mengenai cadangan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.untuk memperkenalkan perkhidmatan gojek dalam kalangan rakyat Malaysia
Tapi macam biasa lah, nak wujudkan satu benda yang baharu ni bukannya mudah dan mesti banyak cabaran serta dugaannya kan?
Macam yang kita tahu, perkhidmatan gojek memang sudah sinonim dengan negara jiran iaitu Indonesia.
Baru-baru ni, tular di laman sosial mengenai seorang wanita serta pemandu gojek yang terlibat dalam kemalangan dan wanita itu kemudiannya di tinggal oleh pemandu gojek tersebut dekat lokasi kemalangan.

Menurut perkongsian @rivanfhrza, wanita yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan kakaknya dan dia baru sahaja balik daripada pusat karaoke.
Apa yang lebih mengecewakannya adalah apabila pemandu gojek yang membawa kakaknya itu terus melarikan diri selepas kemalangan dan dia langsung tidak mahu bertanggungjawab.
“Kalau tak nak bayarkan kos rawatan, paling tidak pun tolong la hantar kakak ke klinik atau hospital terdekat.” Katanya.

Masih belum hilang rasa sakit sebab kemalangan jalan raya, wanita itu turut menerima kecaman daripada netizen apabila ada yang mempertikaikan perbuatannya pergi ke pusat karaoke. Seriously?
Tapi tweet berbaur kebencian itu telah pun di padam oleh individu yang memuat naiknya. Namun begitu, ramai netizen terus memberi sokongan kepada wanita ini dan mengecam kembali sesiapa sahaja yang mempertikaikan wanita itu ke pusat karaoke.
Pergi karaoke tu untuk menyanyi lah! Takkan nak bercucuk tanam pula!


Tapi bagi mengelakkan daripada fitnah terus berleluasa, adik wanita ini telah memuat naik tweet dan menjelaskan cerita sebenar.
Hallo, teruntuk kalian berdua @widodoadiwd dan @yocikaA
Maaf sblmnya, yg saya share disini kan tentang “tanggung jawab sang driver yg sudah ninggalin customer nya dlm keadaan luka2 bahkan sampe berdarah” kenapa harus mempermasalahkan tujuan kakak saya?— Ipang (@rivanfhrza) December 22, 2019
Dia berkata, kakaknya memang pergi ke pusat karaoke tersebut bersama rakan-rakan dari tempat kerja selepas pulang dari kerja.
Jadi dia meminta supaya netizen berhenti daripada membuat andaian sendiri terutama mengenai tujuan kakaknya pergi ke pusat karaoke
Tambahnya lagi, kakaknya yang terlibat dalam kemalangan itu telah pun di bawa ke hospital dan telah dilakukan ujian X-ray serta sedang menunggu keputusan.

Pihak gojek juga telah membuat permohonan maaf terhadap kejadian yang menimpa wanita itu.

Aduh, orang tu dah la tengah sakit sebab terlibat kemalangan, netizen boleh pulak sibuk pasal dia pergi karaoke? Haish, kita doakan yang baik-baik sahaja sudah.
Baca: “You sapa ask my ID??” – [Video] Mabuk Terbabas Di Lebuhraya MEX, Marah Polis Ingin Bantu Kemalangan