
Akhirnya mayat Abdul Bari Asyraf Mohd yang hilang selepas cuba menyelamatkan lima sekeluarga yang terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Terengganu dijumpai pagi tadi.
“Walaupun adik rasa abang masih ada..”
Dalam posting menyayat hati dikongsikan di Facebook, adik mangsa menganggap beliau sebagai hero keluarga malah redha dengan keadaan yang berlaku.
“Dia jenis suka bergurau dengan adik-beradik..”
Ibunya, Masitah Awang berkata, Abdul Bari Asyraf tak menunjukkan sebarang perangai pelik sebelum kejadian malang itu.

Tersentuh hati admin bila baca kenyataan ibunya seperti dilaporkan oleh Bernama:
“Dia jenis yang suka bergurau dengan adik-beradik…anak yang baik…nak kata bangga dengan tindakan dia semalam tu tidaklah tapi dia yakin boleh bantu orang,”
Hati ibu mana yang tak sedih fikirkan anaknya meninggal dunia terlebih dahulu, kan? Sebak bila baca!
Ditemui 2.5km dari lokasi kejadian
Mayat Abdul Bari ditemui sejauh 2.5 kilometer dari lokasi asal kejadian pada pagi tadi oleh orang awam dan anggota penyelamat.
Jenazah Abdul Bari akan dikebumikan selepas solat Zohor di tanah perkuburan Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu.
Semoga roh Abdul Bari ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.
Baca: “Besarnya pengorbananmu..” – Lelaki Ini Dikhuatiri Lemas Demi Selamatkan Nyawa Orang Lain