Rupa paras bukanlah perkara paling penting dalam sesuatu hubungan. Keserasian dan personaliti seseorang itu lebih penting dari luaran dan lebih menjamin kebahagiaan.
Namun begitu, tak semua berfikiran seperti ini. Macam baru-baru ini, seorang lelaki telah menceritakan dilema yang dihadapinya selepas bersetuju untuk bertunang dengan teman wanita yang sudah dikenali lebih dua tahun.
Menurut lelaki ini, selepas dua tahun menjalinkan hubungan, dia telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan keluarga teman wanitanya untuk berkenalan.
Namun begitu, sesuatu telah berlaku ketika perjumpaan tersebut berlangsung. Lelaki ini kata, ketika kali pertama dia memandang adik teman wanitanya itu, dia telah terpukau dengan kecantikan yang dikatakan lebih menyerlah dari kekasihnya.
I terpaku the moment I saw her adik perempuan. Sumpah cantik gila I mean like 3x prettier than my gf!”
Lelaki ini turut menjelaskan bahawa dia sayangkan teman wanitanya itu, namun begitu kerana adiknya itu terlalu cantik, dia sering terfikir sehingga rindu.
Keliru dengan perasaannya kerana merasakan yang dia telah berlaku curang walaupun hanya terfikir, lelaki ini meminta pendapat netizen tentang apa yang dia perlu lakukan sekarang.
“Dalam dunia ni memang tak pernah rasa cukup”
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen telah memberikan nasihat kepada pemuda tersebut untuk belajar menghargai. Namun begitu, ada juga yang meminta lelaki ini putuskan sahaja perhubungan dia dan teman wanitanya.
Min setuju dengan rata-rata pendapat netizen ni. Kalau nak ikutkan rupa paras memang sampai bila-bila akan nampak atau jatuh hati dengan orang yang lebih cantik. Lagi pun, rupa paras tak kekal lama yang penting hati…
Baca: “Macam dalam movie” – Wanita Jatuh Cinta Kali Kedua Dengan Suami Lepas Dua Tahun Hilang Ingatan