“Macam dalam movie” – Wanita Jatuh Cinta Kali Kedua Dengan Suami Lepas Dua Tahun Hilang Ingatan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang mesti pernah tengok cerita The Vow lakonan Channing Tatum kan? Kalau tak pun, cerita Aku Terima Nikahnya lakonan hebat Nora Danish dan Adi Putra tu?

Tapi admin bukan nak cerita pasal filem-filem ni, admin nak cerita pasal kisah cinta yang lebih kurang sama dengan filem-filem ni cuma bezanya, dia berlaku betul-betul in real life! 

Baru-baru ni, seorang wanita yang dikenali sebagai Laura Hart Faganello telah kongsikan ceritanya di Facebook. Dalam perkongsian ini, Laura berkata yang dia bertunang semula dengan suaminya Brayden Faganello dua tahun selepas dia hilang ingatan akibat dari kecederaan otak yang dialami akibat kemalangan.

Sumber: Facebook

Ceritanya, sebelum kemalangan tersebut, Laura dan Brayden hanya mengenali satu sama lain melalui surat-surat tulisan tangan yang mereka kirimkan selama lapan bulan sebelum mereka bersemuka di Victoria, Canada dan berkahwin pada tahun 2016.

Malangnya, sembilan bulan selepas perkahwinan mereka, sebatang tiang besar jatuh atas kepala Laura semasa dia sedang menguruskan sebuah event menyebabkan wanita ini hilang ingatan.

“Bila saya bangun dari koma, apa yang saya ingat hanyalah saya berusia 17 tahun dan saya tak tahu siapa Brayden. Memori saya berjumpa, jatuh cinta dan berkahwin dengan Brayden sudah tiada.”

Bukan tu je, lepas dari kemalangan ni, Laura terpaksa belajar balik cara nak membaca, menulis dan bercakap dengan jelas semula. Perkara ni buatkan Laura tambah susah nak terima yang dia dah berkahwin.

Sumber: Facebook

“Saya harap sangat tiba-tiba bila saya tengok muka Brayden saya dapat ingat balik semuanya. Tapi, malangnya, saya tetap tak dapat ingat.

“Tapi bila saya tengok Brayden bersungguh-sungguh dan sabar dengan saya, saya buat keputusan untuk beri peluang pada dia.”

Lepas mengenali Brayden semula, Laura jatuh cinta sekali lagi walaupun memori dia sebelum ini masih belum muncul.

Brayden jadi sahabat baik saya, crush saya dan kemudian cinta hati saya. Walaupun saya tak dapat balik memori dan perasaan saya yang dulu terhadapnya, tapi sekarang saya ada perasaan dan memori baru untuk dia.” Awww

Hari Isnin lalu, Brayden melamar Laura dan sekali lagi Laura terima lamaran Brayden. Kini mereka sedang menghitung hari untuk menjalani kehidupan sebagai suami isteri semula.

Ni memang lagi sweet lah dari filem-filem cinta. So happy for them!

 

Baca: “Sembang pun dalam game” – Anggota Polis &Tentera Udara ‘Jumpa’ Dalam PUBG, Jatuh Cinta & Berkahwin

 

 

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson