Gurauan antara keluarga sudah pasti mencuit hati bagi sesiapa sahaja yang melihatnya lagi-lagi kalau antara kanak-kanak. Gelagat diorang memang akan menceriakan hari-hari semua orang.
Satu video tular di Twitter yang dimiliki oleh @suhaimyharun mencuit hati para netizen apabila anaknya yang berusia lima bulan ‘dijaga’ oleh dua adik lelakinya. Bapa kepada bayi tersebut, Suhaimy Harun, 26 menceritakan bahawa situasi itu berlaku sewaktu isterinya, Allysha Fallina, 23 tinggalkan mereka kejap untuk pergi ke tandas.
https://twitter.com/suhaimyharun/status/1236663357475672065
Di dalam video tersebut, dua kanak-kanak lelaki tersebut Putera Aariz, 4 dan Izwafi Hanif, 9 merupakan bapa saudara kepada anak sulung Suhaimy iaitu Muhammad Ammar Mirza yang umurnya baru mencecah lima bulan. Suhaimy berkata, kedua-dua anak kecil ini diarah untuk menjaga si comel namun lain pula jadinya apabila cara mereka bergurau dengan menggunakan gergaji dan tukul mainan, katanya kepada Mstar.
Apa yang lebih kelakarnya, gelagat Putera Aariz yang membuat tangan sebagai alas kononnya untuk memukul kepala dan mata Ammar menggunakan tukul mainan.
Manakala, abangnya ‘memotong’ paha Ammar menggunakan gergaji mainan. Kelakar lah diorang ni
Walaupun Ammar ‘disakat’ oleh bapa saudaranya dengan cara sedemikian, namun dia tak mudah menangis, kata Suhaimy.
Majoriti netizen terhibur dengan gelagat mereka yang comel
Adik-beradik Cannibal ke ni ??
“
Jgn begewrakk
Macam-macam hal bebudak ni. Nasib baik comel
Baca : “Nak mati lah” – Reaksi Anak Kecil Lepas Frust Bila Bapa Tak Bagi Kahwin Buat Netizen Geli Hati