in

“Ini satu fitnah yang sangat kejam” – Ebit Lew Selesai Beri Keterangan Polis Isu Gangguan Seksual

Ft Uel Tampil Beri Keterangan Gangguan Seksual

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu yang selama ini menjadi teka-teki netizen mengenai isu jenayah gangguan seksual daripada seorang pendakwah terkenal akhirnya terjawab apabila gerangan pendakwah tersebut, Ustaz Ebit Lew telah tampil memberikan keterangan polis hari ini.


Menurut Kosmo!, UEL selesai memberikan keterangan di Bukit Aman jam 2 petang tadi,  Katanya, rakaman percakapan itu mengambil masa satu jam.

 

Saya dipanggil untuk membantu siasatan dan menjadi saksi bagi pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya.”

Uel Tampil Beri Keterangan Gangguan Seksual

Tambah UEL lagi, beliau akan serahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya. UEL menegaskan ia merupakan satu fitnah yang melampau terhadap dirinya.

“Saya serahkan kepada polis untuk siasatan. Ini satu fitnah yang sangat kejam dan melampau.”

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa seorang pendakwah terkenal dipercayai dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman esok untuk diambil keterangan.

Difahamkan, pendakwah berusia lingkungan 30-an itu dipanggil bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.

 

Baca : Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual, ‘Pendakwah Terkenal’ Ke Bukit Aman Pagi Ini

Ustaz Terkenal Kes Gangguan Seksual Ke Bukit Aman

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.