in

“Adakah yang sanggup?”- Zarina Zainuddin Sanggup Bayar Gaji Setiap Bulan Kepada Bakal Isteri Azal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin beritahu yang anaknya, Muhammad Raizal Azrai atau lebih dikenali sebagai Azal menyatakan hasratnya ingin mendirikan rumah tangga. Lepas dengar hasrat tersebut, Zarina beritahu yang dia sedia untuk membayar mana-mana wanita yang sanggup menjaga dan membahagiakan anaknya yang menghidap penyakit autisme itu.


Wah, tak pernah-pernah lagi dengar orang dapat gaji jadi isteri seseorang.

“Manalah tahu orang tu tak nak ‘free’ saja. Ditambah dengan keadaan anak saya yang macam ini, adakah yang sanggup?”

 

Tak nak isteri bertudung

Menurut Harian Metro, sebelum ini ada seorang wanita Indonesia yang cantik orangnya, tapi Azal tak nak dekat perempuan itu hanya sebab dia bertudung.

“Azal cakap dekat saya yang perempuan kalau sudah tua baru pakai tudung.”

Namun, Zarina menjelaskan semula kepada Azal tentang kewajipan seorang wanita Muslim untuk memakai tudung tetapi selepas itu Azal membandingkan pula dirinya yang mula memakai tudung bila dah berusia sedikit.

“Saya terdiam dan tak boleh nak kata apa. Kadang-kadang perjalanan itu sendiri yang akan mengubah kita.”

 

Sanggup berkorban demi anak

Zarina sanggup pergi melamar sesiapa sahaja yang mahu berkahwin dengan anaknya itu. Bukan itu sahaja, dia juga sanggup bayarkan gaji tiap-tiap bulan kepada wanita tersebut tau.

“Kita kena berkorban juga untuk orang yang sanggup berkorban untuk anak kita.”

Bagi Zarina, tidak salah untuk menggajikan bakal menantunya sebab Zarina faham yang wanita itu nanti mesti nak ada kehidupan juga dan mahu beli apa dia mahukan.

“Azal juga sudah ada gaji dan caruman KWSP supaya dia ada persediaan untuk masa depan dia.”

Kita doakan semoga Azal bertermu dengan wanita yang baik untuk dia. In Shaa Allah…

 

Sumber: Harian Metro

Baca:“Saya nak kahwin, saya nak kahwin”- Anak Autism Zarina Zainuddin Nyatakan Hasrat Ingin Berkahwin

Sumber: Harian Metro
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.