“Saya nak kahwin, saya nak kahwin”- Anak Autism Zarina Zainuddin Nyatakan Hasrat Ingin Berkahwin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Saya nak kahwin, saya nak kahwin”- Anak Autism Zarina Zainuddin Nyatakan Hasrat Ingin Berkahwin

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Wah apa pula keletah anak syurga ni..


Sumber: Blog.geevv

Kesabaran seorang ibu

Seorang Ibu yang penyabar, Zarina Zainuddin tak pernah jemu melayan dan merakam kerenah anak-anak autismnya, Azal dan Azil. Zarina Zainuddin juga banyak membuka mata rakyat Malaysia kita ni bagaimana dia kuat untuk mengasuh anak-anaknya.

Kali ini viral video yang dimuat naik oleh Zarina sendiri di laman Instagramnya tentang keinginannya ingin berkahwin. Terkejut juga Zarina mendengar permintaan anaknya itu.

Sumber: Instagram

“Saya nak kahwin, saya nak kahwin” itu yang diminta oleh Azal. Tengok respon Zarina dia tanya balik dekat anak dia “Awak nak kahwin dengan siapa? Kalau Azal macam ni siapa nak kahwin dengan Azal, takut orang nanti tu”. Sungguh penyabar Zarina ni…Salute!

Tidak putus-putus suruh bersabar

Dalam videonya, Zarina tidak putus-putus menyuruh anaknya bersabar dan jangan mengamuk. Dengar suara Zarina dalam video ni pun dah dapat dengar kesabaran seorang ibu untuk tenangkan anak autismnya… 

Kalau lihat perwatakan Azal yang selalu di muat naik di Instagram, Azal ni seorang anak yang prihatin dan penyanyang. Dia juga la yang selalu suapkan ubat dekat abangnya yang austism juga yang masih bergantung pada ubat tetapi sekerap dulu.

Rakan-rakan artis juga turut memberi komen dan sokongan kepada Zarina agar dia selalu kuat dan tabah.


Sumber: Instagram

Tak kurang juga, netizen-netizen yang sudah lama mengikuti perkembangan anak-anak autism Zarina juga tak putus-putus memberikan semnagat dan doa buat Azam dan Azil.

 


Sumber: Instagram

Bagusnya rakyat kita ni, benda yang baik kita kena selalu doakan agar benda sentiasa dipermudahkan. Amin!

Baca: Pahit Manis Mengasuh Anak Autisme Dari Kaca Mata Zarina Zainuddin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Ismail

Seorang yang ‘Ambivert’ dan terlebih Ektrovert.