in

“Adab mana?” – [VIDEO] Individu Dikecam Campak Duit RM1,000 Dari Tingkat Atas Shopping Mall

Campak Duit Klcc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adab adalah suatu perkara yang harus dijaga tak kira dimana kita berada dan bersama siapa pun, terutamanya kalau kita berada di tempat awam yang ramai orang.

Dengan perkembangan media zaman kini, mesti ramai orang yang nak buat konten di media sosial, tapi persoalan dia apa yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian orang ramai?


Macam baru-baru ini, sebuah video telah tular di TikTok yang memaparkan seorang individu yang mencampakkan sejumlah wang kertas RM100 yang dianggarkan berjumlah sebanyak RM1,000.

Dapat dilihat individu tersebut sedang berada di tingkat atas sebuah pusat beli-belah yang terkemuka di Kuala Lumpur, kemudian dia melemparkan kesemua wang kertas tersebut ke bawah.

Menerusi video berdurasi enam saat berkenaan, kelihatan pengunjung sedang lalu lalang di tingkat bawah pusat beli belah itu.

Walaubagaimanapun, tiada bahagian di dalam video tersebut yang menunjukkan apakah reaksi pengunjung yang mungkin terkejut dengan ‘money fall’ di dalam premis berkenaan, lapor mStar.

Netizen tak setuju tindakannya

Video yang dimuat naik itu telah meraih lebih daripada sejuta tontonan (semasa artikel ini ditulis). Ia  mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut menyaksikan tindakan individu itu yang mencampak wang sebegitu sahaja.

Screenshot 2022 12 06 130452

Screenshot 2022 12 06 130549

Kalau betul sekali pun niat tu nak bersedekah, ada lagi cara yang lebih elok kan???

Baca : [VIDEO] Buat ‘Surprise Birthday’ Isteri, Suami Letak Duit Merata Dalam Rumah Macam ‘Treasure Hunt’

Suami Sorok Duit Untuk Isteri 758X399 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.