in

“Ada yang kami kena buang” – ‘Wedding Planner’ Sedih Pelamin Terbiar & Dilonggok Pihak Kanopi

Wedding Planner Pelamin Rosak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perusahaan perkahwinan antara yang perniagaan yang paling tinggi risiko dan ia juga sesuatu yang amat susah memandangkan ia berurusan dengan banyak pihak.


Seorang perancang perkahwinan meluahkan rasa sedihnya apabila pelamin yang direkanya dibiarkan terkena hujan dan dilonggokan di atas jalan sejurus tamat majlis.

https://www.facebook.com/ita.andaman/posts/pfbid024QpAbNcM4SivbPFzRxSYug4c3wGp7DDpr2R9D5bPEBt7m6Ly1zphZueeGfwqca2Kl

Menerusi perkongisan Ita Andaman di laman Facebook miliknya difahamkan pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut ialah pihak kanopi, dan ia merupakan pengalaman pertamanya selepas 22 tahun berkecimpung dalam bidang itu.

Selain itu, dia juga terpaksa menanggung kerugian yang besar apabila prop, platform serta kain yang digunakan rosak teruk akibat terkena hujan.

“Kami faham kerja, tapi sekurang-kurangnya beri kami waktu untuk ke lokasi rumah pengantin. Perjalanan ke rumah pengantin pun ambil masa 20 minit.

Kalau betul tergesa-gesa, kami boleh pergi cabut, sekurang-kurangnya beritahu pengantin sehari lebih awal,” katanya.

Walaupun pihak kanopi sedar dengan cuaca yang agak kurang baik ketika itu, namun mereka masih bertindak mencabut kanopi mereka dan hanya meninggalkan barangan wedding planner itu.

Pihaknya turut berkata mereka hanya akur dengan tindakan itu dan mendoakan agar pihak kanopi mendapat balasan yang setimpal.

Semoga team wedding planner ni sentiasa tabah…

Baca: Pelamin Anganku Musnah! Gadis Pasrah Teman Lelaki Dirampas Kakak Sendiri

Cats 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.