in

“Ada yang bagi tarikh lepas wuquf” – [VIDEO] Jemaah Haji Buat Kecoh Lepas Kena ‘Scam’ Agensi Tawar Visa Furada

Page Haji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perayaan raya Aidiladha kali ini dilihatkan sama meriah macam raya Aidilfitri tambah pula majlis korban boleh diadakan beramai-ramai malah ramai jemaah haji turut diberikan peluang menjadi ‘tetamu’ Allah di Tanah Suci.


Kurang dari seminggu, umat Islam seluruh dunia akan menyambut perayaan ini dan jemaah haji yang telah berada di Mekah juga sedang sibuk melakukan ibadah bagi mendapatkan haji yang mabrur.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular di aplikasi TikTok apabila sekumpulan jemaah haji yang buat kecoh di hadapan sebuah agensi selepas mendakwa rata-rata dari mereka telah ditipu kerana visa yang ditawarkan.

@asyraf4202

#haji sangkut bai jemaah2 ni kena scam, UC Travel

♬ original sound – asyraf4202 – asyraf4202

Video yang berdurasi 1 minit 52 saat itu memaparkan tindakan mereka yang menyuarakan ketidakpuasan hati kerana difahamkan ramai yang menanti panggilan dari agensi itu namun tak ada sebarang maklum balas.

“Visa furada tak ada untuk jemaah haji sejak 2019”

Kekecohan itu berlaku dipercayai sebab mereka ditawarkan visa furada oleh agensi tersebut malah ada yang mengatakan tarikh yang diberikan telah melebihi tempoh untuk melakukan ibadah haji dengan lengkap kerana jatuh pada Hari Wuquf.

“Yang belum dapat flight ni, katanya dapat pergi masa hari wuquf. Bilanya nak sampai macam tu?” – Luah jemaah haji

Sementara itu di bahagian komen, rata-rata memaklumkan bahawa ianya disebabkan pengeluaran visa furada dari pihak Arab Saudi sendiri dan tak ditawarkan kepada agensi-agensi pakej haji yang lain.

Komen Full 2

Sebelum ini, menurut Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati sebelum menggunakan mana-mana khidmat pakej haji kerana visa furada tidak ada kaitan dengan Tabung Haji.

Macam-macam betul dugaan ya. Min doakan semua mampu bersabar sampai isu ni selesai…

Baca: Lelaki Akhirnya Tiba Di Makkah Untuk Tunaikan Haji, Selepas 11 Bulan Berjalan Kaki Dari UK

Untitled 2 2

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.