in

Lelaki Akhirnya Tiba Di Makkah Untuk Tunaikan Haji, Selepas 11 Bulan Berjalan Kaki Dari UK

Lelaki Berjalan Kaki Dari Uk Ke Mekah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah 11 bulan atau lebih tepat 10 bulan 26 hari berjalan kaki dari Wolverhampton, Britain, seorang lelaki berusia 52 tahun akhirnya selamat tiba di Makkah, Arab Saudi untuk mengerjakan haji pada Ahad lepas.


Menerusi video TikTok yang dikongsikan Adam Muhammad, dia dilihat menangis kegembiraan apabila tiba di bumi Makkah sambil menolak troli yang dibawanya dari UK. Allahuuu sebak!

@kk.8486

Mashallah #☝️ #fyp #uktomeccabyfoot #foryou #2022

♬ original sound – To go Mecca by foot

Menurut Gulf Today, Adam telah merentasi 9 negara iaitu Netherlands, Jerman, Czech Republic, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum tiba di Makkah untuk mengerjakan haji bagi tahun ini.

Ketibaannya di Makkah telah disambut orang ramai yang berkumpul di Masjid e Aisha.

“Haji adalah impian tertinggi dan paling saya sayangi” 

Dalam pada itu, setibanya di Makkah, Adam telah mengucapkan rasa berterima kasihnya kepada rakyat Arab Saudi yang telah bermurah hati dalam membantunya di sana.

Haji adalah impian tertinggi dan paling saya sayangi,” katanya.

Sepanjang perjalanan 6,500 km ke Makkah, Adam juga dilihat telah menolak troli yang mengandungi barang keperluan dan telah menjadi tempat untuknya berteduh.

Adam Uk 3

20220627 1656338534 458

Menurut Adam, dia juga sebelum ini pernah memberitahu media yang keputusannya untuk berjalan ke Makkah dibuat dalam keadaan tiba-tiba dan tak sangka dia dapat melakukannya.

Videonya tiba Makkah dalam keadaan terharu itu telah mendapat lebih 130,000 likes dan ribuan komen yang mana rata-rata sangat gembira melihat kejayaan kembara penuh cabaran lelaki itu demi untuk mengerjakan haji.

Mekah Troli

Didoakan semoga Adam dan jemaah lain yang mengerjakan haji tahun ini mendapat haji mabrur. Semoga kita juga bakal jadi tetamuNya di satu masa kelak. 

Baca: Viral Ustazah ‘Menjual’ Depan Kaabah, Menteri Agama Nasihat Jemaah Haji Elak Promosi Produk

Haji

Sumber: Gulf Today
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.