in

“Ada teman lelaki peminat cemburu nak tikam saya…” – Naqiu Boboy Dedah Pernah Jadi Mangsa Peminat Fanatik

Bb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bintang Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Naqiu Boboy mendedahkan pernah menjadi mangsa peminat fanatik yang keterlaluan ketika menjadi kegilaan peminat suatu ketika dahulu.


Naqiu yang popular menerusi lagu Episod Cinta bersama band Boboy berkata dia hampir ditikam teman lelaki peminatnya sekitar tahun 2001 kerana cemburu yang melampau.

Bagaimanapun nasib menyebelahi pemilik nama Wan Naqiuddin Mohd Najib, kerana tikaman itu terkena orang lain.

Biodata Dan Latar Belakang Naqiu Bekas Vokalis Kumpulan Boboy 2

“Kita dulu menjadi kegilaan perempuan sehinggakan ada teman lelaki peminat yang terlalu cemburu nak tikam saya tapi mujur terkena badan pengawal peribadi.

“Nasib baik pengawal peribadi saya itu selamat selepas dimasukkan ke hospital. Rasa-rasanya, sekitar tahun yang sama juga saya berhadapan dengan insiden yang mengejutkan.

Dek kerana meraih populariti yang tinggi, Naqiu juga berkata dia pernah menyaksikan aksi-aksi melampau peminatnya yang sanggup mencederakan diri sendiri.

“Habis saja buat persembahan, keluar dari pintu Fun Fair ada peminat wanita kelar tangan sambil menjerit nama saya. Masa itu, macam-macam saya fikir.” katanya memetik mStar Online.

Naqiu dan Boboy pernah menjadi fenomena selepas muncul dalam industri muzik sekitar penghujung 1990-an dan pernah mendapat kutipan melebihi 30,000 unit menerusi album pertamanya, Episod Cinta.

Suara Naqiu yang seakan-akan mirip suara Tomok, yang ketika itu vokalis New Boyz memberi impak kepada populariti Boboy dalam masa singkat dan meletakkan band itu sebaris dengan New Boys, Q-Face dan Spin.

Baca: “Rindu gilerrr zaman Boboy!” – Selepas 12 Tahun Menyepi, Peminat Teruja Tengok Naqiu Dalam Gegar Vaganza

Na

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.