in

“Tak ada peraturan tetapkan satu juara” – Pertikai Keputusan GV6? Tok Ram Tekad Masa Buat Keputusan

Naqiu Hady Juara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keputusan konsert akhir Gegar Vaganza 6 semalam meninggalkan kesan kejutan dan tidak percaya di kalangan netizen serta peminat selepas dua peserta iaitu Naqiu dan Hady Mirza diangkat sebagai juara.


Pada saat ni, admin yakin ramai yang mula menuding jari pada juri kerana memberi keputusan yang mencetuskan kontroversi, tapi Ketua Juri serta juri tetap, Datuk Ramli MS ada jawapan tersendiri. Haa apa kata Tok Ram??

51538348314 Tokram
sumber: astro awani

 

“Saya decide pemenang ada dua, dipersetujui oleh Astro” 

Menurut Astro AWANI, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ram mengakui yang beliaulah yang menentukan bahawa GV6 kali ini dimenangi oleh dua orang dan keputusannya juga telah dipersetujui Astro.

“Saya decide pemenang adalah dua, dipersetujui oleh Astro. Bukan (sebab) keluarga, bukan apa, memang dua (penyanyi) bagus takkan you cakap nyanyi satu lagu dan tambah satu minggu lagi? Jadi saya putuskan dengan juri ada dua pemenang,” katanya.

Gegar
sumber: harian metro

Malah tambah Tok Ram lagi, markah yang diperoleh kedua-dua penyanyi itu juga sama. Jadi tak ada sebab yang mereka berdua tidak boleh menjadi juara.

“Muzik perlukan perubahan, kreativiti perlukan perubahan.

“Ia tidak ada (peraturan yang menetapkan hanya seorang juara). Astro ada tanya saya, tidak bolehkah pilih nombor satu?

“Saya kata, kedua-dua mereka (Naqiu dan Hady) bagus. Kalau tengok markah ketiga-tiga juri, dan apabila dicampur semuanya sama.

“Saya memang kena buat keputusan dan dalam jangka masa tiga minit, saya tidak boleh memihak kepada Naqiu mahupun Hady.

“Saya mengatakan (kepada Astro) bahawa mereka layak bergelar juara, dan mereka okay,” katanya lagi.

 

“Hadiah kita topup, benda ini tak dirancang” – Astro

Dalam pada itu, Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad berkata, keputusan mengejut tu dibuat selepas mereka terima pandangan dan alasan daripada barisan juri.

“Saat itu kita ada perbincangan meja bulat, beberapa kali kita debat dengan juri. Memang kita bagi 100 peratus kebebasan, kepada yang profesional dan kita ikut apa kata mereka.

“Hadiah kita topup, benda ini kita tidak rancang. Memang nampak ada dua trofi tetapi satu trofi itu untuk kita mock shoot VT hadiah, manakala satu trofi adalah trofi juara.

“Kita terkejut dengan keputusan juri dan mereka dah berikan alasan, kita setuju dan berlaku adil kepada kedua-dua juara,” kata Raqim.

Difahamkan pada konsert akhir GV6, Naqiu dan Hady mengumpul markah yang sama sebanyak 87 peratus lepas diadili oleh dua juri tetap, Ramli dan Hetty Koes Endang bersama juri jemputan, Datuk Rizalman Ibrahim.

Apa-apapun bagi admin, dua-dua penyanyi ni memang hebat. Tahniah buat Naqiu dan Hady Mirza! 

Baca: Debaran GV2019 Semakin Terasa, Siapa Bakal Juara Malam Ini? – Ini Senarai Lagu 6 Finalis

Gv6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.