in

Cerai Balik Lepas 2 Bulan Rujuk, Suami Zarina Anjoulie ‘Lepas Geram’ Siap Nak Bakar Beg Gucci?

Fi Anju

Hangat menjadi bualan hari ini apabila pelakon Zarina Anjoulie, dan suami sah bercerai buat kali kedua lepas rujuk dua bulan lepas.

Berita itu disahkan apabila kedua-dua mereka memuat naik tentang perkara itu di IG story masing-masing, tapi dengan cara yang agak ‘panas’.

Anju 1

Anju 2

 

“Aku bukan sugar mommy kau”

Menerusi posting di Ig story Zarina pagi tadi, dia dilihat berang dengan cara suaminya itu yang dilihat seakan tidak bertanggungjawab .

Selain itu, dia turut menyuruh suaminya itu untuk bagi balik barangan diberi seperti telefon dan beg Gucci kepadanya kembali.

Anju 5

Anju 6

 

“Dia yang sibuk belikan paksa pakai”

Walau bagaimanapun,kenyataan itu dibahas balik oleh suaminya Yas yang mengatakan bahawa barangan itu diberi oleh Zarina dan dia sendiri yang memaksa untuk memakai barang-barang itu.

Dia juga berkata yang barangan tu semua dah diberi balik masa mereka berpisah buat pertama kali hari itu. Namun Zarina atau mesra dipanggil Anju memaksa Yas untuk mengambil balik barangan tu ketika mereka berbaik dengan menyatakan pemberiannya itu ikhlas.

Melalui postingnya yang lain, dia turut memuat naik gambar beg Gucci itu dengan kapsyen bahawa ada ‘bakar-bakar’ petang ini.

Anju 3

Anju 4

Kita doakan lah supaya segala urusan mereka tu dipermudahkan dengan cara yang elok.

Sumber : Instagram 

 

Baca : “Pompuan yang dok dm2 Yas, dah boleh la stop” –  Zarina Anjoulie Mengaku Dah Rujuk Balik Dengan Bekas Suami

Foot Anju