“Ada parents terpaksa bagi anak susu pekat…” – [VIDEO] Buat Trend TikTok, Founder Baju Dikecam Sebab Membazir Susu Anak

Tambah ke Sumber Pilihan
“Ada parents terpaksa bagi anak susu pekat…” – [VIDEO] Buat Trend TikTok, Founder Baju Dikecam Sebab Membazir Susu Anak

TikTok ni memang ada banyak jenis trend tapi kita kena pandailah kan untuk follow yang mana satu. Jangan sebab nak viral, nak dapat banyak views kita ikut trend yang tak elok.

Bagi yang tak tahu, TikTok ada satu trend yang menunjukkan aksi di mana isteri atau suami akan melakonkan perangai atau kerenah pasangan mereka. Trend ini memang supposedly untuk orang melawak dan untuk komedi tapi lain pula jadi bila seorang founder tiru video macam tu.

Baru-baru ini founder baju tersebut dikecam ramai pengguna Twitter sebab sanggup membazir semata-mata untuk tiru trend tersebut.

Vid5

Sanggup bazir susu anak demi content

Dalam video tersebut founder yang mempunyai lebih 500,000 followers di Instagram itu tunjuk yang suami dia suka biar pintu kabinet kasut dan dapur terbuka, tak letak baju kotor dalam bakul, biar bilik air dalam keadaan basah dan tumpahkan susu anak tapi tak lap semula.

Part lakonkan tumpah susu anak tu, founder tersebut ambil sesudu susu anak yang belum dibancur dengan air dan tuang atas meja.

Vid3

Vid4

Vid2

“Parents lain separuh mati ikat perut nak beli susu”

Tindakan tersebut membuatkan pengguna di Twitter berasa annoyed dan mengkritiknya kerana sanggup membazir susu demi sebuah video. Menurut mereka, video sebegitu tidak menunjukkan contoh yang baik dan dia seharusnya tidak buat sebegitu demi content viral.

Komen0Sumber: Twitter

Komento1Sumber: Twitter

Komento2Sumber: Twitter

Kata netizen, kecewa tengok video tersebut sebab realiti kehidupan sekarang sebenarnya ramai ibu bapa yang sangat susah dan tidak mampu membeli susu anak.

Disebabkan itu, anak hanya mampu diberi susu pekat manis dibancuh dengan air dan ada juga yang terpaksa beri anak kecil minum air kosong saja. Selain tu, lepas tengok video berkenaan mereka kritik suaminya kerana perangai sebegitu dan juga kecam founder tersebut sebab expose perangai buruk suami di media sosial.

Meskipun begitu, ada juga netizen berkata pasangan tersebut hanya mahu bergurau dan mereka juga tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi sebegini. Apatah lagi memang trend video TikTok tersebut berunsurkan lawak serta sekadar hiburan.

Tonton video di bawah:

Sebab tu orang kata gunalah media sosial dengan baik, guna untuk tujuan yang baik. Kalau jadi influencer, influence benda yang baik. Haa gitu.

Baca: “Membazir gila” – Beli Seribu Cool Fever Untuk Buat ‘Babi Air’, YouTuber Ini Dikecam Netizen

Feature 4

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Ada parents terpaksa bagi anak susu pekat…” – [VIDEO] Buat Trend TikTok, Founder Baju Dikecam Sebab Membazir Susu Anak
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ada-parents-terpaksa-bagi-anak-susu-pekat-video-buat-trend-tiktok-founder-baju-dikecam-sebab-membazir-susu-anak/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM