in

“Ada orang rupanya dalam tu” – Macam Ini Sebenarnya ‘Behind The Scenes’ Teletubbies

Feature 4 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini suka tengok Teletubbies masa kecil? Keempat-empat watak Teletubbies yang berwarna merah, kuning, hijau dan purple tu memang cute dan famous dalam kalangan kanak-kanak. Rasanya ramai juga yang tertanya-tanya macam mana lah behind the scenes rancangan ni kan?


Kalau nak tau, sebenarnya ada pelakon dalam kostum Teletubbies ni sebab baru-baru ini, gambar di sebalik tabir Teletubbies pada tahun 1997 telah viral di Twitter setelah dikongsikan oleh @Jaiyejejeomo.

Silap sebenarnya jika anda fikir Teletubbies tu bersaiz kecil sebab mereka ni besar! Pihak produksi menggunakan kostum yang bersaiz lebih tinggi daripada tubuh manusia biasa. Tinky-Winky, Teletubby purple, adalah 11 kaki tinggi. Dalam tu pulak ada pelakon.

Menurut Huffingtonpost UK, para pelakon Teletubbies harus melompat, berguling ke bawah bukit dan berpelukan sambil memakai kostum yang sangat berat. DJ dan comedian, John Simmit yang memegang watak Teletubbies hijau, Dipsy dalam siri asal rancangan itu mendedahkan,

Kami harus menampakkan setiap pergerakan yang dibuat menarik dan gembira namun hakikatnya ia seperti sedang bersenam,” katanya.

Menurutnya lagi, ada bangku kecil diletakkan dalam setiap kostum supaya setiap pelakon dapat berehat di antara babak. Memang tabik lah kat dorang ni.

Tb 1

Selain itu, rancangan kanak-kanak BBC ini juga telah difilemkan di padang sebenar di Warwickshire, England, lapor Daily Mail. Kiranya dorang tak guna green screen pun ketika awal kemunculan rancangan itu pada tahun 1997. Mungkin sebab time tu teknologi dorang belum canggih lagi. 

Namun, padang tersebut kini telah bertukar menjadi kolam setelah syarikat produksi dah jumpa lokasi baru.

Tb 3

Difahamkan, syarikat produksi harus mengembalikan keadaan kawasan padang tersebut kepada keadaan asalnya setelah bertahun-tahun menggunakan kawasan itu untuk penggambaran.

Jadi, siri terbaharu Teletubbies bermula beberapa tahun lepas telah difilemkan di dalam studio menggunakan teknologi skrin biru dan set miniatur model 3D, lapor Televisual.

Tb 2

Bukan itu je, rancangan ini juga menggunakan arnab yang bersaiz besar. Disebabkan saiz Teletubbies besar, jadi arnab yang bermain di taman Teletubbies juga perlu besar. Arnab ni merupakan spesis Flemish Giant.

Rata-rata netizen yang membesar dengan rancangan ini tak sangka yang Teletubbies ni memang besar di dunia nyata. Ada juga yang ingat Teletubbies ni animasi je.

Tb 4

Tb 5

Tb 6

Sumber: Buzzfeed, Huffingtonpost UK, Televisual, Daily Mail UK, Teletubbies Fandom

Baca: Rupanya Big Bird Sesame Street Ada ‘Sepupu’? Ini Rupa Watak Itu Di Negara Lain

Tb

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.