in

“Ada iras Lee Jong Suk sikit”- Penjual Bakso Mirip Pelakon Korea Ini Jadi Bualan Netizen Indonesia

F1 Indo Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada satu soalan yang min nak tanya pada peminat K-drama kat luar sana, apa faktor utama yang menyebabkan korang tertarik nak tengok sesebuah drama dari Korea Selatan ni? Adakah jalan ceritanya yang menarik, gandingan pelakonnya yang mantap atau rupa paras pelakon yang cantik dan kacak semata-mata?


Kalau korang minat tengok drama tu sebab pelakon Korea tu handsome, mungkin korang akan minat jugak dengan penjual bakso di Indonesia yang dikatakan mirip pelakon Korea Lee Jong Suk.

Indo K 2

Menurut Detik.com, lelaki yang berniaga di Bandung itu mula viral setelah gambarnya di kedai bakso itu dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram makanan, kulinerbandung.

Rata-rata netizen Indonesia yang melihat gambar lelaki itu di media sosial berpendapat lelaki tu ada iras-iras macam pelakon drama Korea iaitu Lee Jong Suk.

Photo 2021 09 11 10 42 19

Photo 2021 09 11 10 42 21

Dalam temuramahnya dengan laman web Wolipop, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Daffa Abilla itu mengatakan kedai Mi Baso Kampung Abah itu merupakan usaha bersama dengan saudaranya Diska yang merupakan pemilik kedai tersebut.

Lelaki ini juga mengatakan ramai yang kata wajahnya macam artis Korea sejak dari zaman sekolah menengah lagi walaupun dia sendiri pelik dan tak rasa dirinya ada iras dengan mana-mana artis dari Korea Selatan.

Indo K 1

Semenjak viral juga, makanan di kedai bakso itu sering sold out berikutan pelanggannya semakin ramai yang datang terutamanya golongan wanita. Dengar kata, ada yang datang dan minta nak ambil gambar lagi tau. 

Apa pendapat korang pulak, memang ada iras Lee Jong Suk ke ni? 

Sumber: Detik.com, Instagram @kulinerbandung, Wolipop 

Baca: Penjual ‘Nasi Kuning’ Mirip Oppa Lee Min Ho Buat Ramai Gadis Tak Keruan

Indo K

Sumber: Soompi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.