in

“Pergi sana nak bercuti…” – Individu Dedah Rakan Kena Sihir Di Indonesia, Balik Malaysia Isteri Kahwin Lain

Syaz Ft 81
Gambar Hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perbuatan sihir merupakan sesuatu yang amat ditegah dalam Islam, namun ia masih lagi dipraktikkan sehingga ke hari ini.


Seorang individu dengan nama Alang Anuar berkongsi rakannya menjadi mangsa sihir di negara seberang iaitu Indonesia, di mana sihir itu membuatkan rakannya itu lupa tentang asal-usul dan ‘terperangkap’ di Indonesia selama lima tahun.

Aritkel berkaitan: “Ramai kena tapi tak sedar” – Perawat Kongsi Tanda-tanda Terkena Sihir Penghalang Jodoh

Artikel berkaitan: “Dia nak kahwin dengan abah aku” – 10 Tahun Mak Jadi Mayat Hidup, Menderita Disihir Bibik

Menurut mStar, individu yang dikenali sebagai Rosli itu pada mulanya pergi ke Indonesia untuk mengembara secara solo, namun ketika di sana Rosli terkena sihir sehingga dia lupakan identitinya dan seakan menjadi pengemis di sana.

Alang Anuar berkongsi, Rosli menjadi semakin tidak terurus dan tiada sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan di sana sehinggalah seorang orang tempatan di sana menawarkannya untuk bekerja di gerai bakso.

Cats 23
Gambar hiasan

Pun begitu, ketika dia sedang bekerja di gerai makanan itu, Rosli didatangi jemaah tabligh dan di situ nasibnya berubah.

“Ada orang ‘kutip’ dia dan bagi kerja di warung bakso. Selepas lima tahun, kebetulan ada jemaah tabligh datang ke warung dia kerja.

Salah seorang jemaah tu nampak yang kawan aku ni macam terkena sihir, susulan daripada itu, dia terus dirawat dan diubatkan,” kata Alang Anuar.

Dengan kuasa Allah, Rosli berjaya diubati dan kembali kepada sedia kala namun dia masih terkejut bahawa dia sudah tinggal di Indonesia selama lima tahun.

Sejurus itu, Rosli dibantu dalam hal-hal dokumentasi untuk dibawa pulang semula ke Malaysia dan bertemu semula dengan keluarganya setelah sekian lama terpisah.

Namun, langit tidak begitu cerah buatnya apabila setibanya dia ke tanah air, dia mendapati isterinya telah pun berkahwin dengan orang lain.

Perkara itu bagaimanapun diterimanya dengan redha serta hati yang terbuka, dia kini menjalani kehidupan seperti biasa namun mempunyai masalah dalam pertuturan (gagap) dek kerana sihir tersebut.

Sehingga kini, Rosli tidak mengetahui sama ada sihir tersebut memang dituju kepadanya atau dia terkena sihir yang dituju kepada orang lain mahupun menjadi mangsa rompakan individu yang mengamalkan sihir.

Semoga Rosli sentiasa berada di bawah lindungan-Nya…

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.