in

“Ada budak bertenggek, nak ikut balik” – Doktor Kongsi Pengalaman Rawat Pesakit Kena Penyakit Misteri

Ft Pesakit Ada Pentakit Mistik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika jam dah menunjukkan hampir 6 petang, waktu untuk pulang semakin dekat, Dr Azman yang bertugas di Jabatan Kecemasan di sebuah hospital terpaksa berada lebih lama apabila melihat seorang pesakit ini.


Dr Azman menceritakan bahawa dia terpaksa berada di hospital sehingga jam 7.30 petang untuk merawat seorang pesakit yang dibawa masuk ke zon kuning.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2019 dimana pesakit tersebut meronta-ronta dan berkelakuan ganas sampai terpaksa diikat sebelum mengarahkan jururawatnya untuk menyuntik ubat penenang.

Budak ikut balik dari hutan

Screenshot 2022 09 29 133722 1

Pesakit agresif itu dikhabarkan telah ditangkap oleh orang ramai di tengah lebuh raya selepas dia meletakkan kenderaan di tepi jalan. Kata Dr Azman, detik itu merupakan pengalaman pertama kali terjadi di depan matanya.

Katanya, pesakit tiu baru pulang dari jungle trekking dengan kawan, tapi dia berseorangan untuk ke lokasi itu, ketika redah hutan, dia ada melalui sebuah perkampungan dan bertindak seperti biasa, tidak ganggu sesiapa.

Screenshot 2022 09 29 133556

Namun begitu, dia dapat rasa seperti ada seorang budak mengekorinya sepanjang perjalanan dia melalui perkampungan itu.

Selepas keluar hutan, bayangan budak itu hilang dan dia berasa lega. Ketika pulang dia rasa pelik kerana ada 2 orang dewasa melambai-lambai ketika melihat cermin belakang.

Ketika masuk di lebuh raya, dia tiba-tiba rasa ada budak bertenggek di atas bahunya dan dia terus berhenti sebelum melarikan diri ke tengah jalan.

Dr Azman yang mendengar ceritanya itu terus senyap kerana tergamam samada mahu percaya ataupun tidak, katanya lagi, budak tersebut masih ada dan berdiri di sebelah Dr Azman.

Ganggu pesakit lain

Tiba-tiba vital sign monitoring di katil sebelah berbunyi, rakan sekerja Dr Azman terus bergegas ke arah pesakit itu dan mendapati kadar oksigen pesakit tersebut menurun.

Kata pesakit agresif itu, budak itu sedang naik atas dada pesakit tersebut sambil melompat-lompat. Dr Azman jadi makin buntu nak selesaikan masalah kes ini sebab di katil lain ada kanak-kanak berumur 5 tahun ditahan kerana demam panas.

Semua ujian darah telah diambil dan hanya menunggu keputusan. Tiba-tiba, kanak-kanak itu berkata kepada emaknya bahawa dia nak main dengan ‘friend’ dan ‘friend’ tersebut berada di atas katil (merujuk kepada budak itu).

Screenshot 2022 09 29 133722

Dr Azman bertambah pelik, bagaimanapun rakannya yang bertugas pada malam itu menyuruh dia balik dan bantu lunaskan segala perkara yang tertangguh.

Dr Azman pada waktu itu rasa lega kerana ‘bebanan’ dah habis, namun ketika ingin keluar dari zon kuning, pesakit tersebut tiba-tiba menjerit.

“Doktor, hati-hati budak tu ada belakang doktor. Dia nak ikut doktor balik.”

Itu lah situasi seram yang dilalui oleh Dr Azman ketika dia bertugas sebelum pandemik. Perkongsian aneh pertama yang dilaluinya dan takkan dilupakan itu dikongsi menerusi Facebook oleh seseorang pengguna yang dikenali sebagai Syed Fareez.

Baca : Seram! Ramai Berkunjung Ke Flat Yang Tiada Penghuni Ini Lepas Jadi Lokasi Penggambaran Pengabdi Setan 2

F1 Psc

Sumber: mStar Online
Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.