in

Seram! Ramai Berkunjung Ke Flat Yang Tiada Penghuni Ini Lepas Jadi Lokasi Penggambaran Pengabdi Setan 2

F1 Psc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik untuk peminat filem seram, filem Pengabdi Setan 2 Communion dari Indonesia telah pun mula ditayangkan di Malaysia beberapa hari lepas.



Korang yang dah tengok Pengabdi Setan yang pertama memang wajib tengok filem kedua ini. Dah la ada Bront Palarae tau!

2

Namun, sebuah rumah pangsa yang telah lama tidak berpenghuni baru-baru ini menjadi tempat tumpuan penonton filem tersebut gara-gara ia telah menjadi lokasi penggambaran Pengabdi Setan 2.

Menurut Detik Hot, rumah pangsa di Bekasi, Jakarta telah dikunjungi netizen yang mahu melihat sendiri tempat penggambaran tersebut kerana dengar kata, ia memang seram.

3 1

Namun, disebabkan terlalu ramai yang datang termasuklah content creator, pihak security yang menjaga bangunan tersebut kemudiannya telah ‘mengharamkan’ kunjungan sesiapa pun ke flat berkenaan.

Menurut penjaga parking di kawasan itu, semua orang tidak dibenarkan untuk masuk lagi ke situ kerana takut berlaku kerasukan kerana di situ tiada sesiapa yang tinggal.

Namun, menurut video TikTok yang dikongsikan menerusi akaun oghelzulvianto, terdapat seorang lelaki yang masih tinggal di salah sebuah unit rumah pangsa itu.

@oghelzulvianto

Ternyata ada penghuninya gaes!!!! Tonton videonya sampe habis ya gaes🙏🏻 #pengabdisetan2 #pengabdisetan2communion #pengabdisetan

♬ suara asli – Oghel zulvianto – Oghel zulvianto

Ini kerana, sebelum ini, pengarah filem tersebut iaitu Joko Anwar mendedahkan bahawa bangunan rumah pangsa itu telah tidak berpenghuni selama 15 tahun.

Lelaki yang tinggal di situ mengatakan memang ada banyak kejadian aneh yang berlaku di situ dan dia sendiri juga sering diganggu.

Menurutnya lagi, ada enam orang yang tinggal di tingkat dua bangunan itu namun mereka tidak berani untuk naik ke tingkat atas.

Korang boleh tonton video yang dikongsikan di Instagram infojawabarat kalau nak tengok dengan lebih lanjut tentang keadaan flat ini.

Korang dah tengok belum filem ni? Confirm ramai yang menjerit dalam pawagam kan.  

Sumber: Detik Hot, TikTok @oghelzulvianto

Baca: 5 Filem Seram Yang Dinasihatkan Untuk Tidak Ditonton Seorang Diri Meskipun Pada Waktu Siang 

1

Sumber: Kompasiana
Sumber: Kompas.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.