in

“Ada benda tu…” – Wanita Pengsan Dengar Lagu Ulek Mayang, Netizen Dakwa Nampak Sesuatu Dalam Video

Ulik 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagu Ulek Mayang seringkali dikaitkan dengan unsur mistik. Difahamkan lagu tersebut mempunyai ‘semangat’ makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh sebab itu, kebanyakan orang akan rasa goosebump bila dengar lagu ni.

Artikel berkaitan: “Patutlah bila nyanyi tegak je bulu roma” – Cerita Seram Disebalik Lagu Tradisional ‘Ulek Mayang’


Artikel berkaitan: ‘Scary nya’ – Individu Dakwa Ada Peniaga Jual Minyak Pengasih Dekat TikTok?

Beberapa hari lepas, viral di TikTok seorang wanita pengsan ketika sedang merakam video penari lagu Ulek Mayang. Video yang dimuat naik oleh @nurulanuar805 memaparkan suasana meriah para penonton yang sedang ligat merakam ketibaan dua orang penari berbaju tradisional masuk ke dalam dewan sambil lagu Ulek Mayang dimainkan.

@nurulanuar805

Syeram pulak dengar lagu ni ? memang macam ni ke ehh bila dengar lagu ni ? #masukberanda

♬ original sound – Nurul Anuar – Nurul Anuar

Sewaktu dua orang penari itu sampai di hadapan dewan, mereka menari dengan lemah gemalai menghayati lagu tersebut.

Selang beberapa saat selepas itu, seorang wanita yang berada di hadapan pemilik video tersebut telah jatuh rebah ke lantai. Suasana mula kecoh dan orang dalam dewan mula memberi bantuan kepada wanita itu.

Namun begitu, tiada klip sambungan dalam video tersebut. Hanya ayat dalam video menjelaskan bahawa dia sedang syok merakam tiba-tiba orang di hadapannya mula pengsan.

Menjengah di ruangan komen, ada netizen yang mendakwa mereka ternampak kelibat misteri di atas pentas belakang penari sebelah kanan. Mereka berkata ada sosok tubuh sedang ikut menari lagu Ulek Mayang ini.

Ulik 1  Ulik 3

Ulik 4

Wanita yang pengsan dalam video tersebut juga turut meninggalkan komen dan menyatakan apa yang dia rasa ketika mendengar lagu Ulek Mayang.

Ulik 5

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.