in

“Acah je haritu” – Tak Ada Cas Atau Interest Tambahan Untuk Orang Yang Nak Ambil Moratorium

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa tiada faedah tambahan mahu pun kompaun untuk pinjaman sewa beli untuk konvensional mahu pun Shariah sepanjang tempoh moratorium selama enam bulan.


Menurut menteri ini, keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan perindustrian perbankan yang terlibat.

Tmr 20190830 Pg14 1 Edited

Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing termasuk tambahan 6 bulan bagi keseluruhan jadual pembayaran jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut.

Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh mencabar ini.”

Baca:“Makcik Kiah kena game!” – Menteri Kewangan Kena Perli #BankerJagaBanker Sebab Isu Moratorium ‘U-Turn’

Screenshot 2020 05 06 At 8.38.30 Pm

Sumber: TMR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.