in

9 Selebriti Malaysia Ni Memang Suka Masak Dan Tak Kedekut Kongsi Resipi Dengan Peminat

Pagekkk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
9 Selebriti Malaysia Ni Memang Suka Masak Dan Tak Kedekut Kongsi Resipi Dengan Peminat
Loading
/

Selebriti terkenal ini selalunya nampak seperti sentiasa sibuk dengan kerjaya masing-masing dan tidak punya masa untuk menyediakan hidangan di rumah. Namun siapa sangka rupa-rupanya ramai selebriti di Malaysia yang sebenarnya gemar memasak makanan sendiri di rumah.


Bukan sahaja rajin masuk dapur, selebriti ini juga tidak lokek untuk berkongsi resipi dan idea masakan dengan pengikut-pengikut di laman Instagram mereka. Ini kami senaraikan selebriti di Malaysia yang suka berkongsi masakan menyelerakan di laman sosial.

 

1. Hanis Zalikha

Walaupun sibuk menguruskan perniagaan shawl yang semakin hari semakin diminati ramai, ibu kepada Yusuf Iskandar ini bukan sahaja cantik tetapi pandai memasak. Hanis seringkali dilihat berkongsi gambar dan video masakan air tangannya di Instagram. Ringkas dan nampak mudah, resipi yang dikongsi Hanis sangat sesuai dicuba oleh ibu-ibu muda sepertinya.

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

 

2. Eina Azman

Orang kaya selalunya gemar mengupah tukang masak untuk menyediakan hidangan makanan kepada keluarga. Namun berbeza sekali dengan Eina yang sangat suka memasak hidangan buat keluarga dengan air tangan sendiri. Semua video resipi yang dimuat naik oleh ibu kepada kembar comel Karl dan Aubrey ini memang nampak sedap-sedap belaka!

Sumber: Instagram 

Sumber: Instagram

 

3. Ozlynn

Selain gemar memuat naik kisah kelakar dalam keluarga dan gelagat comel anak-anaknya, isteri kepada Johan ini memang handal memasak. Boleh dikatakan hampir setiap hari, Ozlynn pasti akan berkongsi menu yang dimasak untuk suami dan anak-anak di laman sosial. Jika anda buntu nak masak apa hari ini, mungkin boleh terjah Instagram Ozlynn!

Oz
sumber: instagram
Oz2
sumber: instagram

 

4. Zulin Aziz

Terkenal dengan personaliti yang ceria dan lucu, jangan tidak tahu selebriti serba boleh ini juga aktif di dapur. Penyampai radio dan pengacara ini gemar berkongsi video menunjukkan cara-cara dia memasak pelbagai hidangan lauk pauk yang nampak menyelerakan.

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

 

5. Sheila Rusly

Tidak perlu diperkenalkan lagi, pelakon ini memang popular dengan kemahiran memasaknya. Sebut sahaja makanan berkuah mahupun bergoreng, semuanya boleh dimasak oleh penerbit popular ini. Jika melihatkan masak lemak cili padi dan gulai kepala ikan yang dimasak, boleh kecur air liur dibuatnya!

Sh2
sumber: instagram
Sh1
sumber: instagram

 

6. Farahdhiya

Bergelar penyanyi, pelakon dan pengacara, Farahdhiya pastinya sibuk dengan kerjayanya yang pelbagai. Jika tidak mengikuti laman Instagram miliknya, pasti ramai yang tidak tahu bahawa Farahdhiya ini pandai memasak. Lauk moden pun boleh, lauk kampung pun boleh!

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

 

7. Raja Azura

Nampak simple dan boleh buat kecur air liur, idea masakan yang dikongsikan oleh Raja Azura memang nampak sedap dan membangkitkan selera. Jika membaca kapsyen dan menonton video yang dimuat naik di Instagram, pasti korang tersenyum sendiri melihat gelagatnya.

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

 

8. Zarina Zainuddin

Ini seorang lagi selebriti Malaysia yang cekap di dapur dan tak lokek berkongsi idea masakan. Muncul dengan telemovie Luyak baru-baru ini, siapa sangka Zarina yang masih aktif berlakon ini pandai membahagikan masa untuk memasak buat keluarga.

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

 

9. Raja Farah 

Walaupun sudah kurang aktif di kaca televisyen, selebriti ini masih rancak berkongsi kisah hidup di laman sosial. Ibu kepada si comel Imran Iskandar ini juga dilihat tidak kedekut berkongsi idea masakan dengan pengikut-pengikutnya di Instagram. Lauk ataupun manisan, semuanya boleh dimasak.

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

Waaah, memang sedap ni semuanya. Nanti boleh cuba!

Baca: Bukan Orang Malaysia Lah Kalau Tak Makan 10 Jenis Sambal Paling Padu Ni!

Sambal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.