Fesyen berhijab bukan sahaja semakin berkembang di Malaysia malah di luar negara. Hari demi hari, kemunculan jenama hijab atau shawl di negara kita bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Pun begitu, shawl yang mempunyai kualiti yang bagus dan cantik selalunya agak mahal. Kadang-kadang sehingga mencecah ratusan ringgit.
Zaman ketidakstabilan ekonomi begini, ramai yang memilih untuk berjimat cermat tetapi masih mahu kelihatan menarik. Oleh sebab itu, kami akan membantu anda kelihatan cantik tanpa berhabis wang ringgit dengan menyenaraikan beberapa jenama shawl popular yang menawarkan harga berpatutan.
1. MumuScarves – bermula dari RM10
Mula ditubuhkan pada tahun 2014, MumuScarves adalah jenama Malaysia yang menawarkan pilihan shawl yang begitu cantik. Sesuai untuk dipakai setiap hari, shawl jenama ini banyak menyediakan rona warna pastel yang boleh membuatkan anda tampil jelita menggayakannya. Melihat pada kualiti kain yang diguna, anda pasti terkejut dengan harga murah yang ditawarkan!
2. SincerelyByUs – bermula dari RM29
Jenama ini menyediakan pilihan shawl pelbagai warna yang boleh membuatkan anda tampil yakin sepanjang hari. Beralun lembut tika ditiup angin, harga-harga shawl yang dijual di sini bermula dari harga RM29 sahaja. Menggunakan kain chiffon berkualiti tinggi, shawl jenama ini senang untuk digosok dan boleh digayakan dengan pelbagai cara!
3. Anggun Zara – bermula dari RM39
Ibu pejabat di Shah Alam, shawl yang ditawarkan oleh Anggun Zara bermula dari harga RM39 sahaja. Bukan hanya menyediakan shawl berwarna terang, jenama ini juga banyak menampilkan warna-warna pastel. Untuk wanita yang sukakan warna lembut, shawl ini memang sesuai untuk anda. Kain chiffon yang digunakan juga ringan dan selesa.
4. Alhumaira Contemporary – bermula dari RM39
Tidak terbatas kepada shawl yang plain sahaja, Alhumaira memberikan kelainan dengan seleksi shawl bercorak yang disediakan. Bagi anda yang gemarkan corak bunga-bungaan, printed shawl mereka pasti membuatkan anda tampak lebih manis!
5. Radiusite – bermula dari RM42
Crepe mahupun chiffon crepe, pilihan shawl di sini boleh membuatkan anda berfikir lama nak pilih yang mana satu. Warna-warna yang ditawarkan membuatkan anda tampak sopan dan bergaya. Mereka juga ada menyediakan shawl yang berbentuk halfmoon.
6. Tudung People – bermula dari RM48
Jenama ini diasaskan oleh seorang wanita bersama abangnya. Mula beroperasi di rumah sahaja, Tudung People kini memiliki kedai fizikal sendiri dan telah bertapak kukuh di Malaysia. Kualiti shawl yang dihasilkan mereka memang elok dan banyak menggunakan warna-warna neutral yang sesuai untuk semua tona wajah.
7. mfshawls – bermula dari RM49
Siapa tidak kenal pelakon cantik molek Mira Filzah? Pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini juga mempunyai perniagaan shawl yang menawarkan harga berpatutan. Sering memakai shawl jenama sendiri di dalam drama-drama lakonannya, shawl yang dijual oleh jenama ini cukup berpatutan dan cantik sekali.
8. Arriandra – bermula dari RM49
Mungkin ramai yang sudah tahu, jenama ini dimiliki oleh isteri kepada penyanyi terkenal tanah air, Tomok. Bermula dari harga RM49, shawl yang dijual bermutu tinggi dan mudah terbentuk. Kilauan bahan yang digunakan juga sangat cantik dan nampak anggun menawan.
9. Ameera Zaini – bermula dari RM59
Diasaskan oleh Ameera Zaini, pengacara ini juga mempunyai shawl jenama sendiri. Boleh digayakan dengan pelbagai cara, tudung yang dijual memang cantik dan boleh buat anda berfikir susah nak buat keputusan. Selain warna-warna pastel, shawl yang dijual banyak menggunakan warna-warna gelap dan terang.
Waaah, memang cantik dan berpatutan semuanya. Apa tunggu lagi, cepat serbu laman web dan Instagram mereka!
Baca: Baru Berusia 14 Tahun, Remaja Ini Sudah Ada Bisnes Tudung Jenama Sendiri!