Bagi bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, henna adalah salah satu perhiasan diri diperlukan bagi setiap wanita untuk kelihatan lebih menyerlah pada hari bahagia nanti. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelukis henna yang terkenal dan cantik hasil seninya hanya diketahui terdapat di sekitar Kuala Lumpur sahaja.
Pun begitu, usah bimbang! Mereka yang tinggal di Johor Bahru tidak perlu ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan servis henna yang terbaik. Berikut kami senaraikan pelukis henna yang menawarkan servis dengan harga berpatutan di sekitar Johor Bahru. Bakal pengantin di JB pasti akan kelihatan cantik di hari perkahwinan mereka nanti!
1. Majahenna
Pelukis henna ini bukan sahaja menyediakan servis melukis inai, namun dia juga seorang jurusolek yang berbakat. Lihatlah hasil solekannya di Instagram, semuanya on point dan pengantin nampak extra jelita di hari pernikahan mereka. Majahenna juga ada mengambil tempahan di Melaka.
Instagram: majahennaa
2. Aza Henna Art
Menyediakan henna 100% handmade dan asli di Johor Bahru, Aza Henna Art ini mempunyai pakej khas untuk inai pengantin. Selain itu, pelukis henna ini juga melukis inai untuk suka-suka dan sering melakukan eksperimen dengan corak henna yang lain daripada lain.
Instagram: aza_hennaart
3. Red Mehndi
Hasil lukisan henna daripada Syaheera Khalid ini ternyata tidak akan mengecewakan bakal pengantin di luar sana. Inai yang digunakan asli dan diakui pelanggan masih pekat walaupun sudah tiga hari menggunakannya.
Instagram: redmehndi
4. Athlia Henna Artist
Athlia Henna Artist ini bukan calang-calang orangnya. Pernah menjadi pelukis henna buat beberapa artis terkenal seperti Memey Suhaiza, Yana Samsudin, Rozita Che Wan, Betty Benafe, Bella Dally dan Fauziah Gous. Hasil lukisan inainya memang cantik dan anda boleh feeling-feeling hindustan kalau ditatarias olehnya.
Instagram: mybeautifulhenna
5. Nana Henna
Pelukis henna yang kreatif ini menyediakan servisnya di sekitar kawasan Johor Bahru dan Pasir Gudang. Dia juga sering telibat dalam acara karnival selain gemar melukis inai untuk suka-suka dan mengisi masa lapang. Henna putih yang dilukisnya antara disukai pelanggan Nana Henna.
Instagram: nanahennajb
6. Hazelin Henna
Gemar menggunakan corak flora untuk melukis henna yang menarik buat pengantin, Hazelin juga bakal menawarkan khidmat solekan tidak lama lagi. Selain menawarkan servis di sekitar Johor Bahru, pelukis henna ini juga mengambil tempahan di kawasan seperti Kulai, Gelang Patah, Kempas, Senai, Pasir Gudang, Ulu Tiram, Bandar Kota Tinggi dan Pontian. Cepat-cepat buat tempahan untuk tahun 2018!
Instagram: hazelin_henna_artist_jb
7. Dysha’s Henna and Make Up
Sungguhpun lukisan henna dari Dysha ini nampak rumit dan susah untuk dilakukan, namun pelanggan amat menggemari hasil tangannya. Selain menjadi seorang pelukis henna yang profesional, Dysha juga mengambil tempahan menatarias wajah bakal pengantin.
Instagram: _dyshashenna
8. Norusma
Pelukis henna bernama Nor Usma ini pun boleh tahan juga orangnya. Sering terlibat dalam pertandingan solekan, baru-baru ini dia telah menjadi juara bagi acara MUA All Star di Johor Bahru. Bagi anda yang ingin mengambil tempahan henna dengannya, bakal pengantin boleh juga mengambil Nor Usma sebagai jurusolek anda. Pasti berbaloi-baloi!
Instagram: norusma
Jadi bagaimana bakal pengantin semua? Cepat-cepat buat tempahan anda sekarang dengan pelukis henna yang anda suka. Slot mereka cepat penuh. Eloklah buat tempahan di awal tahun ni.
Pasti anda kelihatan sangat jelita dengan lukisan henna yang menarik di tangan!
Baca: 7 Pelukis Henna di Lembah Klang Bakal Pengantin Perlu Tahu