in

8 MUA Untuk Solekan ‘Natural’ Buat Bakal Pengantin

Natural Makeup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Make up adalah antara elemen terpenting yang sangat dititik beratkan oleh pengantin perempuan. Kata orang kahwin hanya sekali, so of course nak nampak cantik! Solekan yang popular sekarang adalah solekan natural yang menjadi pilihan ramai pengantin terutamanya ketika majlis pernikahan.

Bagi membantu pencarian korang untuk dapat make up artist atau lebih common dipanggil MUA, ini dia admin tolong senaraikan 8 MUA yang power buat solekan natural!


 

1. Mafarikha

ngat tak sebelum ni ada kecoh pasal wanita berhijab buat persembahan nyanyian memukau di audition Asia’s Got Talent? MUA inilah tuan empunya badan tu. Bukan setakat hebat make up, rupanya ada bakat terpendam lain!

Instagram: Mafarikha

 

 

2. Syafiqah

Solekan bahagian mata yang dibuat MUA ni antara yang admin suka, selain hasil makeup yang boleh buat muka pengantin nampak lonjong.

Instagram: blushbysyafiqah

 

 

3. Syahirah Awang 

Sedari awal pembabitan, MUA ni sering tampilkan make up ala natural kepada pelanggan. Kini, Syahirah merupakan antara MUA yang dicari bakal pengantin yang mendambakan natural makeup look.

Instagram: syahirahawang.makeup

 

 

4. Eja Ibrahim

Simple and sweet!  Paling tepat nak gambarkan hasil solekan Eja untuk pelanggannya. Ada juga pengantin yang makeup ala natural tapi nampak dewy and glowing!

Instagram: ejaibrah1m

 

 

5. Hana Ikmal

Solekan daripada MUA yang sorang ni pula, menurut admin tidaklah terlalu ‘heavy’. Memang sesuai dan kena sangat dengan pengantin punya attire. Tambah berseri-seri pengantin!

Instagram: hanaikmal

 

 

6. Myraa

Tak terlalu ‘heavy’ dan apa yang dihasilkan Myraa ni ibarat kata jolokan ‘less is more’. Kalau korang jenis tak suka makeup yang rasa ‘berat’ di muka, boleh cuba dapatkan khidmat Myraa!

Instagram: myraa.ron

 

 

7. Min

Kecantikan dan feature muka pelanggan Min lebih terserlah dengan solekan natural yang dihasilkan. Sesuai lah untuk bakal pengantin yang mahu tampil menyerlah di hari bahagia kan!

Instagram: facesbymin

 

8. Asma Kadir

Hasil tangan Asma membuatkan wajah pelanggannya tampak manis dan glowing dengan makeup subtle yang dihasilkan. Barulah nampak ayu di hari bahagia kan!

Instagram: makeupbyasmakadir

 

Kepada bakal pengantin sekalian, admin ada tips ikhlas dari hati:

1. Jangan takut nak bertanya harga MUA

Sesetengah bakal pengantin mungkin rasa takut nak tanya bila tengok MUA ada followers banyak dengan tanggapan “MUA ni mesti mahal ni”. Kalau tak tanya tak tahu kannnnn?

2. Kena follow dan rajin tengok update daripada MUA

Kenapa? Sebab MUA pun ada juga buat promo solekan untuk bakal pengantin tau! I’m sure, harga mereka berpatutan dengan service and hasil yang korang akan dapat nanti. Takkan lah nak main charge harga tinggi melambung tapi solekan tak lawa kan! Harga dan hasil kerja mestilah seiring.

3. Rajin bertanya lebih daripada satu MUA

Lepas tanya satu MUA, jangan terus book slot dengan dorang. Kang bila dapat tahu ada MUA lain charge harga lebih murah, mulalah nak menangis tepi bucu katil. Haaa masa tu baru nak menyesal, no no noooo!

Moga perkongsian admin ni bermanfaat untuk bride to be sekalian! Cheers!

Baca: 7 Mini Pelamin Cantik Area KL Bawah Harga RM450

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.