in

7 Tempat Mengerikan Yang Pasti Buat Anda Kecut Perut Dengan Melihat Gambarnya Sahaja

Page1 4

Jika anda seorang yang sukakan mistik, tempat berhantu dan mengerikan, sudah pasti bermacam-macam tempat sudah ada pergi. Tetapi percaya lah, anda pasti mahu jauhkan diri daripada tempat-tempat ini.

Memang menakutkan dan belum tentu anda berani untuk cuba jejakkan kaki di sini walaupun pergi secara berkumpulan.

*Sebelum tu, pastikan anda bukan seorang yang penakut 

 

1. Chauchilla Cemetery in Peru

Peru4
Tanah perkuburan yang mempunyai mayat mumia serta artifak arkeologi ini terletak 30 kilometer di selatan bandar Nazca, Peru. Selain bahagian badan, kepala dan rambut manusia juga boleh dijumpa bertaburan di atas tanah. Walaupun selepas sembilan abad, mayat itu semua masih terpelihara. Takutnya….

Peru3

Peru2

Peru1

Peru

 

2. Hanging Coffins di Sagada, Filipina

Coffin2
Keranda digantungkan di tebing ini menempatkan mayat ahli-ahli suku Igorot selama lebih daripada 2,000 tahun. Menurut kepercayaan, ia akan lebih mendekatkan mereka dengan roh nenek moyang selain memastikan tubuh badan mereka terjaga dan selamat. Kebanyakkan keranda tidak ditutup dan tulang yang sudah hancur dapat dilihat dalam  ruang keranda tersebut.

Coffin0

Coffin1
Tak ke terkejut tiba-tiba ada orang ‘cak! ’

Coffin4

Coffin6

 

3. Island of the Dolls, Mexico

Doll
Pulau kecil yang terletak di selatan Mexico ini menempatkan banyak anak patung yang digantung di seluruh kawasan pulau itu. Menurut kisah orang tempatan, penjaga pulau ini, Don Julian Santana menemukan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang lemas dalam keadaan misteri suatu ketika dahulu dan anak patung ini semua dipercayai dirasuk oleh roh kanak-kanak tersebut. Memang menakutkan pun anak patung ni semua…

Doll0

Doll4

Doll2

Doll1

 

4. St. George’s Church, Republic Czech

Church
Gereja ini pernah menjadi terbiar kerana bahagian bumbungnya runtuh semasa upacara pengebumian pada tahun 1968. Namun, seorang ahli seni, Jakub Hadrava meletakkan arca hantu sebagai tarikan pelancongan dan untuk mengumpul dana bagi membaik pulih gereja itu di masa akan datang. Menakutkan…

Church1

Church3

Church4

Church6

 

5. Capuchin Catacombs di Palermo, Italy

Cata2
Kira-kira 8,000 badan mumia disimpan di sini, dan lebih mengerikan, kebanyakkannya digantung di dinding. Pada tahun 1920, kanak-kanak berusia 2 tahun, Rosalia Lombardo menjadi koleksi tambahan di sini. Malah, sehingga kini Rosalia masih terpelihara dengan baik bersama riben yang masih terletak cantik di rambutnya.

Cata4
Rosalia lombardo

Cat

Cata

Cata3

 

6. Snake Islands, Brazil

Snake
Seekor ular boleh dijumpai di setiap satu meter persegi di pulau ini. Kesemuanya adalah ular yang dikenali sebagai ‘golden lancehead vipers’, iaitu salah satu ular paling berbisa di dunia. Orang terakhir yang pernah hidup di pulau ini adalah penjaga rumah api serta keluarganya sebelum dibunuh oleh ular-ular di situ. Pulau ini kini sudah tidak didiami. Yelaa, siapa je nak tinggal dekat sini…

Snake0

Snake1

Snake2

Snake3

 

7. Fire Mummies di Kabayan, Filipina

Fire0
Tempat ini dipenuhi dengan mumia atau lebih dikenali sebagai Mumia Kabayan. Terletak di Gua Timbak, anda boleh jumpa mumia yang dipelihara ini di dalam keranda asal yang berbentuk telur. Anda perlu mendaki gunung selama lima jam, kemudian lima jam lagi untuk memanjat kawasan berbatu sebelum  sampai ke gua tersebut. Err, no thanks!

Fire1

Fire2

Fire4

Fire5

Amacam……ada bran?