Korang tau tak dekat Kuantan, Pahang ada banyak tempat makan yang sedap-sedap. Sekali sekala nak jugak pergi ke sana pekena makanan yang disyorkan oleh orang-orang Kuantan sendiri. Dorang mesti lagi tau!
So, apa kata kali ni, admin nak recommend 7 tempat makan popular kaki makan kena cuba kalau pergi Kuantan.
1. Rimba by Loft
Kalau rasa tekak nak pekena makanan western, memang PATUT datang makan dekat Rimba by Loft. Tak nyesal beb! Mereka menjamin 100% Aussie Beef dari sumber yang halal je. So, kita yang Muslim ni tak was-was nak makan. Selain tu, dorang ni macam pakar dalam sajian BBQ grill tau! Daging yang dimasak lembut, empuk dan juicy. Yumm!
Nama Kedai: Rimba by Loft
Lokasi: A928 Lorong Seri Kuantan 4. Kuantan
Waktu Operasi: Selasa & Rabu (1PM – 12AM); Khamis (1PM – 11PM); Jumaat (12PM – 12AM); Sabtu & Ahad (1PM – 12AM); Isnin (Tutup)
No. Telefon: 012-318 8949
2. The Daniello’s
Kalau nak port lepak santai yang sediakan makanan ala-ala street cafe, korang pergi serbu TheDaniello’s. Mereka menyediakan makanan homemade burger dan meatball tapi yang paling famous kat sini ialah burrito! Setiap hidangan ada special sauce yang tersendiri. Yang best dan lain dari lain dekat kedai ni ialah setiap burger yang dihidangkan dicelup dalam homemade blackpepper sauce yang lazat dan kaw! Harga pun sangat berpatutan.
Nama Kedai: TheDaniello’s
Lokasi: B-50, Lorong Air Putih 2, Kuantan
Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu (5.30PM – 2AM); Ahad (Tutup)
No. Telefon: 016-963 3637
3. Restoran Hoi Yin
Peminat mee kari? Apa kata serbu Restoran Hoi Yin! Kedai ni memang disyorkan oleh penduduk area Kuantan especially kerana sajian mee kari dorang. Korang jangan risau, walaupun kedai ni mempunyai nama dan signboard yang ditulis dalam Bahasa Cina, tapi kedai ni halal tau. Selain mee kari, korang juga boleh enjoy mee sup dan mee kicap dorang. Sedap weh!
Nama Kedai: Restoran Hoi Yin
Lokasi: No. 31, Jalan Teluk Cempedak, Kuantan
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (7AM – 2.30PM)
No. Telefon: 09-567 3871
4. Restoran Mabiq
Digelar dengan jolokan “syurga makanan kampung”, orang-orang Kuantan pastinya akan syorkan kedai ni. Yelah, banyak masakan kampung especially menu Pais Patin Tempoyak dorang yang menjadi tumpuan ramai sebab kesedapan dan keunikannya. Susah nak jumpa kat tempat lain. Selain tu, ada jugak daging salai masak lemak dan pelbagai jenis ulaman yang sedap gila bila makan dengan nasi panas.
Nama Kedai: Restoran MABIQ
Lokasi: Tanjung Lumpur, Kuantan
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Jumaat (11AM – 4PM)
No. Telefon: 016-953 5699
5. Akar Kopi Cafe
Kafe ala-ala hipster ni wajib serbu. Kedai dah lah cantik, sesuai untuk korang ber-OOTD dan rileks-rileks. Di kafe ni semuanya self-service yang menjual pelbagai jenis roti dengan sapuan macam butter dan kaya. Roti pun korang boleh pilih nak kukus atau bakar. Telur tiga suku pun ada. Kalau korang penggemar roti, memang wajib try lah!
Nama Kedai: Kafe Akar Kopi
Lokasi: 2-8, Exit Jalan Teluk Sisek, Kuantan
Waktu Operasi: Buka setiap hari (4PM – 3AM)
No. Telefon: 013-953 1526
6. 90 Degrees Cafe & Art
Nak makan di tempat yang selesa dan tenang dengan hiasan dalaman ala-ala modern-vintage? 90 Degrees Cafe & Art adalah tempat yang perlu dituju. Pelbagai pilihan air dan makanan barat yang ada dijual dekat sini macam waffle, roti-roti, pasta dan dessert yang buat air liur korang meleleh!
Nama Kedai: 90 Degrees Cafe & Art
Lokasi: B882, Jalan Air Putih, Kuantan
Waktu Operasi: Isnin hingga Khamis (10AM – 11PM); Jumaat hingga Ahad (10AM – 12AM); Selasa (Tutup)
No. Telefon: 09-5055905
7. Restoran MINT
Juga kedai yang direcommend oleh penduduk Kuantan, restoran ini menjual pelbagai jenis makanan. Masakan Melayu ada, masakan western pun ada. Korang boleh enjoy makan laksa Penang yang katanya sampai “menggeletis bibir kalau makan”. Wow! Selain tu, ada short ribs dengan sos BBQ dihidang dengan sayur dan mashed potato. Perghhh!
Nama Kedai: Restoran MINT
Lokasi: Pusat Rekreasi Air Pantai Balok, Kuantan
Waktu Operasi: Selasa hingga Jumaat (5PM – 12AM); Sabtu & Ahad (3PM – 12AM); Isnin (Tutup)
No. Telefon: 014-840 3314
Selalu orang pergi jalan-jalan mesti nak try kedai makan popular. Apa kata kali ni try jalan dekat Kuantan and experience it like a local!
Lagi best, korang tak payah fikir pasal nak kena drive jauh-jauh dari KL sampai Kuantan. AirAsia sekarang menawarkan tiket penerbangan domestik dari KL ke Kuantan!
Terbang dari KL ke Kuantan dengan tambang ahli all-in sehala dari RM39 je! Tempah sekarang sehingga 2 September 2018. Tempoh perjalanan pulak bermula dari sekarang hingga 17 Februari 2019.
AirAsia ni bukan setakat memudahkan perjalanan korang untuk travel setiap negeri dekat Malaysia tapi juga ke tempat-tempat menarik lain seperti Phu Quoc, Tasik Toba dan banyak lagi! Tak kisah ke mana destinasi, AirAsia akan terbangkan korang ke sana!
var innity_nativeAnalytic = innity_nativeAnalytic || {};
innity_nativeAnalytic.q = innity_nativeAnalytic.q || [];
innity_nativeAnalytic.q.push(function() {
innity_nativeAnalytic.track({campaignID: 24655, adID: 219903, readID: 219904});
});