in

7 Selebriti Ini Pernah Hidup Susah Sebelum Jadi Antara Orang Terkaya Di Dunia

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita tengok kehidupan selebriti Hollywood yang kaya raya, susah betul nak percaya yang sebenarnya dorang pernah hidup miskin.


Tapi bila baca pasal kisah dorang ni, memang buat kita fikir yang tak ada benda pun yang mustahil dalam dunia ni kalau kita berusaha keras. Mana tidaknya, ada antara selebriti dekat bawah ni yang tak ada tempat tinggal dan dari keluarga yang miskin tapi tetap tak patahkan semangat dorang. Jom tengok siapa…

1. Oprah Winfrey

Gettyimages 1506187529 E1691836725648.Jpg

Oprah Winfrey dilahirkan oleh keluarga miskin di Mississippi pada tahun 1954, kehidupannya penuh dengan perkara-perkara yang traumatik di mana dia telah dicabul dan didera oleh dua ahli keluarganya dan seorang rakan baik keluarganya sehingga dia lari dari rumah ketika usianya 13 tahun. Ketika berusia 14 tahun, Oprah telah melahirkan anak dan anaknya itu meninggal dunia tak lama kemudian.

Wanita ini seterusnya telah diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Tennessee State University sebelum dia menjadi orang wartawan TV Afrika-Amerika di negeri tersebut pada usia 19 tahun.

Oprah kemudiannya berpindah ke Chicago di mana dia mula menjadi hos kepada rancangan paginya sendiri yang kemudiannya dikenali sebagai “The Oprah Winfrey Show”. Dia merupakan wanita pertama dalam sejarah yang mempunyai rancangan bual bicara sendiri.

Rancangannya ini telah ditayangkan selama 25 season dari 1986 sehingga 2011. Jumlah kekayaannya kini adalah lebih kurang US$2.5 bilion.

2. Dolly Parton

Gettyimages 1386387184.Jpg

Penyanyi country Dolly Parton merupakan anak ke empat dari 12 adik beradik. Ekoran keluarganya yang besar, ibu bapanya telah berusaha untuk mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak mereka.

Bapanya, Robert Lee merupakan peladang tembakau dan pekerja binaan yang tak pernah belajar membaca atau menulis manakala ibunya pula adalah anak kepada seorang paderi dan mendedikasi kehidupannya membesarkan anak-anaknya sepenuh masa.

Namun begitu, Dolly Parton membesar di kalangan ahli muzik, pak ciknya, Bill Owens telah mendapatkan Dolly persembahan pertamanya ketika usia wanita ini 10 tahun.

Dolly Parton telah terlibat dalam industri muzik selama enam dekad dan merangkul sebanyak sembilan anugerah Grammy. Kekayaan sebanyak US$150 juta yang dimilikinya hari ini adalah hasil dari muzik yang dibuatnya.

3. Halle Barry

Halle Berry Ae 230811 Deb54A

Halle Barry merupakan pelakon kecil-kecilan yang telah bersusah payah untuk menempa nama di Hollywood. Sebelum menjadi wanita kulit hitam pertama memenangi Oscar, Halle telah tinggal di tempat perlindungan untuk orang-orang gelandangan.

Namun begitu, pelakon ini mengatakan pengorbanannya itu yang membuatkan dia kuat sehingga sekarang.

Ia mengajar saya untuk jaga diri sendiri dan saya boleh hidup dalam apa jua situasi termasuk jika saya terpaksa tidur di rumah perlindungan.”

4. Sarah Jessica Parker

Sarah Jessica Parker Gettyimages 1422378199

Berbeza dengan karakternya di dalam Sex and the City, sebelum menjadi pelakon, Sarah Jessica Parker hanyalah gadis biasa dari Nelsonville, Ohio.

Malah ketika dia membesar, keluarganya jarang menyambut hari lahir atau apa-apa sambutan kerana tak mampu untuk membeli hadiah. Tak cukup dengan itu, keluarganya juga pernah hidup bergelap di rumah selepas tak mampu membayar bil elektrik dan bil telefon.

5. Leonardo DiCaprio

Sebelum Leonardo DiCaprio menjadi salah seorang pelakon terbesar di Hollywood, dia hanyalah seorang budak miskin yang tinggal di pinggiran Los Angeles.

Di kawasan tempat tinggalnya, terdapat orang yang sangat miskin, penagih dadah dan sejak dari kecil juga dia dah melihat banyak keganasan yang berlaku di sana.

Kini kekayaan Leonardo DiCaprio dikatakan mencecah sebanyak US$29 juta.

6. Mila Kunis

Episode 0904 Pictured Actress Mila Kunis During An News Photo 1666188930

Mila Kunis dan suaminya Ashton Kutcher sebelum ini pernah memberitahu bahawa mereka tak akan membesarkan anak-anaknya dengan kekayaan kerana dia pernah hidup miskin.

Sebagai seorang pendatang asing yang dilahirkan di Ukraine, keluarga Mila Kunis telah lari ke Amerika dan kehidupan mereka sangat susah sehinggakan pelakon ini masih ingat yang keluarganya hanya makan sup sos tomato ketika mereka tak cukup wang untuk membeli makanan.

Mila Kunis kemudiannya telah memulakan kerjayanya sebagai pelakon dan sekaligus membawa keluarganya keluar dari kemiskinan. Dia kini memperolehi kekayaan sebanyak US$55 juta menjadikan dia antara selebriti imigran terkaya.

7. Tom Cruise

Gettyimages 1511418315.Jpg Scaled

Kerjaya Tom Cruise sebagai pelakon telah menyebabkan dia kini memiliki kekayaan sebanyak US$570 juta ekoran banyak filem-filemnya yang pecah panggung.

Pun begitu, Tom Cruise telah dibesarkan dalam keluarga yang miskin di mana dia telah didera oleh bapanya ketika kecil sehingga ibunya telah membawa dia lari dari rumah sehelai sepinggang ketika lelaki ini hanya berusia 12 tahun.

 

Baca: 9 Selebriti Terkaya Sepanjang Zaman Hingga Masuk Majalah Forbes

Collage 3 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.