Ketika majalah Forbes pertama kali mengeluarkan ranking 400 orang terkaya Amerika pada 1982, hanya dua selebriti berjaya masuk di dalam senarai tersebut iaitu, Yoko Ono dan Bob Hope. Waktu itu, orang yang layak masuk dalam senarai perlu memiliki kekayaan sekurang-kurangnya US$150 juta.
Dalam masa dua dekad pula, enam orang selebriti berjaya masuk senarai. Di antara lapan orang pertama ini, hanya tiga dari mereka telah menjadi billionaire: George Lucas, Steven Spielberg dan Oprah Winfrey.
Sekarang, terdapat ramai selebriti yang kaya raya, dalam masa lapan tahun lalu, ada seramai 11 selebriti telah mendapat status billionaire kerana melibatkan diri bidang korporat dengan menjadi pelabur, CEO, membuat perniagaan menggunakan nama dorang dan macam-macam lagi.
Dekat bawah ni korang boleh tengok selebriti-selebriti Hollywood yang pernah tersenarai dalam Forbes sebagai orang terkaya di Amerika. Jom tengok!
1. Yoko Ono
Isteri kepada salah seorang anggota The Beatles, John Lennon ini telah berjaya menjadi antara selebriti pertama yang disenaraikan dalam majalah Forbes pada 1982 iaitu dua tahun selepas suaminya dibunuh.
Royalti muzik The Beatles yang diwarisi lepas kematian John Lennon yang merupakan sebahagian besar daripada US$150 juta kekayaan yang dimilikinya. Selain itu, Yoko Ono juga turut memiliki sebanyak 250 lembu di New York bernilai US$7.5 juta. Namun begitu kekayaannya ini mula berkurangan pada tahun 1986.
2. Bob Hope
Turut berada dalam senarai bersama Yoko Ono pada 1982 adalah pelakon Bob Hope dengan kekayaan sebanyak US$200 juta. Pelakon dan pelawak ini telah berjaya menjadi jutawan selepas melabur dalam minyak dengan Bing Crosby.
Namun begitu, pada 1984, kekayaannya telah turun kepada US$115 juta sekaligus mengeluarkan Bob Hope dari senarai Forbes pada 1984 kerana minimum kekayaan sebanyak US$150 juta diperlukan untuk tersenarai.
3. Steven Spielberg
Steven Spielberg berjaya masuk ke dalam senarai Forbes pada 1987 selepas memiliki kekayaan sebanyak US$225 juta. Kini, nilai bersih kekayaannya telah meningkat kepada US$4 bilion.
Pengarah terkenal ini mengatakan yang dia dah lama tak mengambil gaji, sebaliknya dia telah memujuk studio filem untuk membayar filem-filemnya dengan pulangan keuntungan yang banyak. Selain itu, untuk setiap tiket yang dijual di taman tema Universal, Steven Spielberg akan mendapat sedikit keuntungan disebabkan siri filem Indiana Jones.
4. Oprah Winfrey
Oprah Winfrey mula masuk dalam senarai Forbes 400 pada tahun 1995 sebagai satu-satunya orang Afrika-Amerika dengan kekayaan sebanyak US$340 juta. Pada tahun 2003, Oprah telah mencipta sejarah dengan menjadi billionaire wanita Black pertama. Kini kekayaannya adalah sebanyak US$2.5 bilion.
5. George Lucas
George Lucas tersenarai di dalam Forbes 400 pada tahun 1997 dengan kekayaan sebanyak US$2 bilion. Kekayaannya datang selepas berjaya mencipta Star Wars dan menjadikan ia sebagai franchise. George Lucas telah mendapat sebanyak US$25 juta dari filem tersebut dan beratus-ratus juta dari penjualan tiket dan merchandise Star Wars.
Tak cukup dengan itu, George Lucas juga merupakan pelopor kepada studio-studio filem digital melalui syarikatnya LucasFilm dan Disney telah memberi studio produksi miliknya pada harga lebih US$4 bilion pada 2012.
Kekayaannya kini adalah sebanyak US$5 bilion.
6. J.K. Rowling
Penulis buku Harry Potter ini telah pun menjadi billionaire ketika dia menulis buku ke-5 dari 7 buku fantasi ini dan ketika tiga dari tujuh filem Harry Potter ditayangkan di pawagam. Ketika ini, J.K. Rowling merupakan antara penulis buku terkaya di dunia.
Kemudian penulis ini mendapat keuntungan lepas taman tema Wizarding World of Harry Potter dibuka pada 2010. Namun J.K. Rowlings telah terkeluar dari senarai billionaire Forbes ekoran cukai di UK yang tinggi serta memberikan US$1.6 juta kekayaannya kepada kebajikan.
7. Kylie Jenner
Forbes telah menamakan Kylie sebagai billionaire termuda buatan sendiri ketika usianya 21 tahun pada 2019 selepas dia dikatakan telah menjual 51% jenama Kylie Cosmetic kepada syarikat kecantikan Coty pada Januari 2020 sebanyak US$1.2 bilion.
Namun begitu, fail awam dari perjanjian tersebut telah mendedahkan yang jumlah tersebut adalah satu penipuan sekaligus mengugurkan Kylie dari senarai billionaire. Ternyata, jenamanya itu lebih kecil dan tidak seuntung seperti yang diberitahu oleh keluarga Jenner kepada Forbes dan orang ramai.
8. Kim Kardashian
Bintang realiti TV ini telah melancarkan KKW Beauty pada tahun 2019 dan menjual 20% dari sahamnya kepada Coty sebanyak US$200 juta. Jenama tersebut telah pun ditutup dan digantikan sengan SKKN by Kim iaitu koleksi penjagaan kulit.
Kebanyakan kekayaan Kim ini datang dari jenama shapewear SKIMS yang kini dianggarkan berjumlah US$3.2 bilion pada 2022 oleh pelabur seperti billionaire Stephen Mandel dan Josh Kushner.
Kini kekayaan bersih Kim dianggarkan bernilai US$1.2 bilion.
9. Kanye West
Kekayaan rapper ini kebanyakannya datang dari perjanjian yang dibuat dengan Adidas sebanyak US$1.5 bilion untuk mengeluarkan kasut dan bajunya yang diberi nama Yeezy.
Namun pada Oktober tahun lalu, kekayaannya mula menurun selepas Kanye membuat beberapa komen anti semitik dan mencabar Adidas untuk membuangnya. Adidas telah menyahut cabaran itu bersama beberapa jenama lain seperti Gap dan Balenciaga.
Tanpa jenama-jenama besar ini, Kanye telah terkeluar dari senarai billionaire Forbes.
Nama-nama selebriti lain yang kini masih dalam senarai billionaire Forbes termasuklah:
- Michael Jordan (US$2 bilion)
- Jay Z (US$2.5 bilion)
- Tyler Perry (US$1 bilion)
- Rihanna (US$1.4 bilion)
- Peter Jackson (US$1.5 bilion)
- Jimmy Buffett (US$1 bilion)
- LeBron James (US$1 bilion)
- Tiger Woods (US$1.1 bilion)
Sumber: Forbes
Baca: Siapa Paling Kaya? Ini ‘Net Worth’ Setiap Ahli Kumpulan BLACKPINK Untuk Tahun 2023