in

7 Perkara Korang Confirm Buat Waktu Kelas PJK di Sekolah

Page Sukan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) merupakan salah satu subjek yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar di sekolah. Setiap orang pastinya mempunyai pengalaman tersendiri yang dialami sewaktu subjek ini berlangsung.


Masih ingat dengan taktik yang korang guna untuk ‘ngelat’ daripada join kelas PJK? Berikut kami senaraikan 7 perkara korang confirm buat waktu kelas PJK di sekolah.

 

1. Lupa bawak baju sukan

Biasanya, kita selalu akan tukar baju sukan time PJK. Tapi, mesti ada sorang dua kawan kita yang asyik lupa nak bawa baju sukan. Lepas tu, dia jugaklah yang sanggup berlari ke koperasi sekolah nak tengok kot ada baju sukan lebih yang boleh dibeli. Tak pun, dia akan telefon mak suruh hantarkan baju. Yelah, nanti kena marah cikgu pulak!

Gif1

 

2. Tak bawak tudung atau anak tudung lebih

Yang ni perkara yang perlu pelajar perempuan hadap tiap kali kelas PJK. Dah bersukan tu, mestilah peluh berbaldi-baldi. Bila nak tukar uniform sekolah, baru perasan terlupa nak bawa tudung spare. Lepas tu tabah je lah pakai tudung yang dah berbau masam tu. Satu lagi masalah, bila ingat nak bawa tudung, tak ada tempat pulak nak gantung dekat dalam kelas. Hai nasibbbb…

Giphy2

 

3. Beri alasan supaya tak perlu bersukan

Korang yang malas bersukan mesti pernah buat macam ni kan? Bagi macam-macam alasan semata-mata tak nak join kelas PJK. Kejap kata rasa nak demamlah, ada yang kata pening dan sakit perutlah. Bila cikgu suruh duduk bilik sakit, ada je kawan yang sama malas sibuk nak join konon nak teman.

Giphy3

 

4. Belajar subjek lain

Budak pandai selalulah kot buat macam ni sebab diorang rasa PJK dan sukan ni merepek dan tiada kepentingan. So, daripada diorang berpeluh basah ketiak, baik diorang belajar subjek lain tambah-tambah lagi kalau nak dekat exam. Lagilah rancak diorang belajar time PJK. Cikgu pun dah masak perangai diorang ni…

Giphy5
gambar hiasan

 

5. Lepak stor sukan

Selalu pelajar lelaki yang suka buat macam ni. Diorang lebih suka lepak dekat stor lepas tu usha awek kelas lain yang datang nak ambil peralatan sukan. Bukan tu je, kalau volunteer nak ambil peralatan tu, mesti saja je lengah-lengahkan masa. Mesti dia buat-buat tercari peralatan ataupun melepak sekejap dalam stor tu!

Gi6
gambar hiasan

 

6. Malas tukar baju sekolah

Dulu-dulu mesti ada sekolah yang arahkan pelajar tukar uniform balik lepas kelas PJK. Kita pun rasa leceh nak tukar sebab toilet sekolah kadang-kadang busuk dan selalu basah je lantai. Kalau terjatuh baju putih atas lantai, nayalah! Tapi selalunya ada je kawan kita yang sanggup kena marah daripada tukar baju sekolah.

Gi7
gambar hiasan

 

7. Mandi selepas kelas PJK

Siapa sekolah berasrama mesti pernah buat macam ni. Lepas kelas PJK je, bertempiaran balik aspura atau aspuri sebab nak mandi dulu. Yelah, lepas dah berpeluh gila lepas sukan, badan pun melekit dan tak selesa nak teruskan hari persekolahan. Tapi bila dah mandi tu, mesti lambat balik kelas. Cikgu pun mulalah bermasam muka….

Capture 1
gambar hiasan

Walau dengan apa cara sekali pun yang kita guna untuk elak dari kena bersukan ketika kelas PJK, memang tidak dapat disangkal ia merupakan antara subjek yang mempunyai seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Apa perkara lain yang anda buat waktu kelas PJK?

Baca: 10 Jenis Geng Makan Kita Kena Hadap Setiap Hari

Mamak Sayur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.