in

10 Suasana Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Dunia

Raya 10 Gambar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernahkah anda terfikir bagaimana Muslim di luar negara menyambut Hari Raya Aidilfitri? Agak-agak lebih kurang sama macam kita atau bagaimana? Berikut kami kongsi beberapa foto menarik sambutan Hari Raya Aidilfitri di serata dunia.



 1. Indonesia

Kaum wanita sedang menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Pantai Parangkusumo, Yogyakarta. Cantik belon Boboiboy dengan itik adik-adik tu!

Tradisi aneh yang dinamakan Grebeg Syawal disambut di beberapa daerah Jawa Tengah. Gunung Lanang yang terdiri daripada sayuran, buah-buahan dan hasil bumi dijunjung dan dibawa ke dibawa ke Mesjid Gede Keraton Nyayogyakarta untuk didoakan.

Penduduk Desa Morella dan Desa Mamala, Kecamatan Leihitu, Maluku Tengah akan berkumpul di halaman Masjid Besar pada hari ketujuh lebaran untuk menyaksikan tradisi Pukul Sapu; kumpulan lelaki dari setiap desa akan saling memukul lidi enau ke badan lawan.

 

2. Gaza, Palestin

Kanak-kanak Palestin gembira dapat menaiki roda Ferris menyambut hari pertama Syawal di timur bandar Gaza. Sesuatu yang jarang-jarang kita lihat di sebuah negara yang sentiasa diasak dengan konflik perang.

Anak-anak Palestin mengangkat kadbod bertulis ‘Eid Mubarak to Gaza’ dalam satu demonstrasi solidariti atas kematian kanak-kanak kecil dalam serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza.

 

3. China

Tenang lihat suasana Muslim di China menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di wilayah Datong. Bunga-bunga kuning memeriahkan suasana.

Umat Islam di China khusyuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di wilayah Zhaoyang, China.

Wanita China kelihatan jelita bertudung hitam corak emas sedang menunggu di luar Masjid Nujie di Beijing selepas selesai Solat Sunat Aidilfitri.

 

4. Manila, Filipina

Kanak-kanak gembira bermain lompat guni sempena sambutan Aidilfitri di bandar Taguig, selatan Manila. Berbeza sungguh dengan kanak-kanak di negara kita yang bermain bunga api pada waktu malam atau melawat dari rumah ke rumah kumpul duit raya.

Sungguhpun hujan, gadis-gadis masih bergaya semasa mereka berkumpul di Rizal Park untuk sambutan Aidilfitri di Manila.

 

5. Kosovo

Comelnya! Tiga kanak-kanak Kosovo memakai pakaian tradisional rakyat Kosovo pada hari pertama Syawal di Masjid Sultan Mehmet Fatih di Pristina. Dah macam boria pula dik! 😉

 

6. Pakistan

Warni-warni permandangan para muslimah sedang menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Badashashi, Lahore. Selain menjamu selera tetamu dan menghiasi rumah masing-masing, mereka juga saling bertukar-tukar hadiah di sana.

Penjual belon berkumpul di hadapan sebuah masjid dekat Karachi, Pakistan. Waa kalau budak-budak tengok ni mesti suka!

 

7. Nigeria

Dua kanak-kanak perempuan kelihatan bergaya dengan cermin mata hitam berbingkai merah di padang solat Obalende, Lagos. Bila lagi nak bergaya, setahun sekali saja tau!

Aidilfitri di Bauchi, Nigeria disambut meriah dengan tiupan trumpet serta kanak-kanak yang menaiki kuda berhias.

 

8. Turin, Itali

Jom selfie dulu! Tiga wanita bergambar selepas selesai Solat Sunat Aidilfitri di Turin, Itali. Aktiviti wajib bagi setiap wanita ni tau!

 

9. Canada 

The Muslim Association of Canada telah mengadakan pertemuan Aidilfitri tahunan dan karnival buat lebih dari 6,000 penduduk Missisauga. Untunglah ada fun fair masa raya-raya ni! 

Tak dilupakan juga sambutan Aidilfitri para Muslim bersama Perdana Menteri Canada, Justin Trudeau. Ehem kacaknya!

 

10. Mogadishu, Somalia

Wanita malu-malu semasa berpadanan menari dengan seorang lelaki mengikut rentak lagu tradisional mereka semasa menyambut lebaran di utara bandar Mogadishu, Somalia.

Kanak-kanak gembira bermain selepas selesai menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Mogadishu.

Ada pengalaman beraya di negara luar? Kongsikan bersama kami! 

Baca: 5 Hotel Muslim-Friendly di Maldives Ini Akan Buat Anda Mahu Melancong Ke Sana

Baca Gambar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.