in

7 Fakta Menarik Tentang Arnab Yang Mungkin Anda Tidak Tahu!

Arnab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sempena Tahun Baru Cina, kami akan kongsikan serba sedikit mengenai arnab – antara haiwan paling bertuah dalam kebudayaan orang Cina.


Arnab merupakan simbol belas kasihan, keanggunan dan kecantikan. Kata orang, individu yang lahir pada tahun arnab selalunya lebih tenang dan berfikiran terbuka.

Jika bergaduh, mereka lebih suka cari jalan untuk berdamai. Bukan itu sahaja, mereka juga lebih artistik dan mempunyai ‘taste’ yang baik!

Adakah anda lahir pada tahun arnab? Jika ya, jom ketahui 7 fakta menarik mengenai haiwan gebu yang menjadi bintang utama pada Tahun Baru Cina kali ini.

7 fakta menarik tentang arnab

1. Arnab tidak boleh hidup seorang diri

Arnab bukanlah haiwan solitari. Mereka akan jadi lebih gembira sekiranya dikelilingi arnab-arnab lain. Kalau tidak, mereka boleh jadi depressed!

Jadi, buat pemilik arnab di luar sana, jangan lupa belikan teman untuk haiwan peliharaan anda.

2. Arnab tak suka berkawan dengan tikus belanda

Arnab

Ramai orang yang suka beli dua haiwan kecil ini untuk dibela dan paksa mereka untuk hidup bersama. Manakan tidak, kedua-duanya comel dan bersaiz kecil.

Tetapi, mungkin ada yang tidak tahu bahawa arnab sebenarnya tidak sukakan tikus belanda!

Sebenarnya, mereka berkomunikasi dengan cara yang berbeza. Jadi, arnab tak faham tikus belanda. Tikus belanda pun tak faham arnab!

3. Boleh hidup lebih 12 tahun

Jika dibela dengan betul, arnab yang menjadi haiwan peliharaan boleh hidup selama 12 tahun!

Jadi, bagi mereka yang ingin membela arnab, fikir-fikir dulu dan pastikan anda komited sebelum beli.

4. Arnab boleh je dengar suara tuannya

Sebenarnya, arnab mempunyai deria pendengaran yang sangat tajam. Mereka boleh kenal pasti dari manakan datangnya satu-satu bunyi.

Telinga mereka juga boleh berpusing 180 darjah. Wow!

5. Mata mereka juga power

Arnab

Walaupun lahir dengan mata tertutup, arnab mempunyai deria penglihatan sebanyak 360 darjah. Kanan, kiri, depan, belakang semua boleh nampak!

6. Arnab berkomunikasi menggunakan kod rahsia

Tidak seperti haiwan peliharaan lain, arnab tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Jadi, sukar untuk pemiliknya kenal pasti apa yang arnab mereka inginkan.

Sebenarnya, arnab berkomunikasi melalui pergerakan otot. Pergerakan ini juga sangat kecil dan sukar untuk dikesan. Arnab lain mungkin fahamlah kot!

7. Arnab belaan sebenarnya tak jauh beza dengan arnab liar!

Benar, arnab mempunyai banyak saiz dan warna. Namun, naluri mereka masih lagi sama. Sebab itulah, arnab tidak suka diangkat dan mungkin akan lari dan menyorok.

Manakan tidak, disebabkan nalurinya yang masih kuat, perbuatan mengangkat badan arnab boleh buatkan mereka terkejut dan rasa terancam!

BACA: “Terlalu buruk”- Tanglung Arnab Sempena Tahun Baru Cina Terpaksa Diturunkan Gara-gara Dikritik Ramai

Arnab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.