in

“Terlalu buruk”- Tanglung Arnab Sempena Tahun Baru Cina Terpaksa Diturunkan Gara-gara Dikritik Ramai

F1 Tag

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak lama lagi, perayaan Tahun Baru Cina akan disambut oleh semua kaum Cina di seluruh dunia.


Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, sudah tentu banyak tempat akan dihiasi dengan tanglung yang bersaiz besar dan kecil supaya lebih meriah kan.

Namun, lain pula ceritanya di barat daya negara China ini apabila tanglung gergasi berbentuk arnab terpaksa diturunkan kerana penduduk di situ mengkritik bahawa rekaan tanglung bersaiz besar itu ‘terlalu hodoh’, lapor BBC.

Difahamkan, tanglung arnab gergasi itu diletakkan di Dataran Sanxia, Chongqing iaitu sebuah bandar yang mempunyai populasi penduduk seramai 30 juta orang.

1 2 5

Ia dipasang di situ bersempena Tahun Baru Cina yang akan disambut tak lama lagi memandangkan tahun ini merupakan tahun arnab.

Namun, ramai juga warganet yang mengatakan tanglung arnab gergasi itu hodoh kerana ia mempunyai kening yang tebal.

Jadi, wajah arnab itu dilihat seperti seorang lelaki yang memiliki riak wajah yang serius.

Ada juga netizen yang berpendapat bahawa tanglung itu kelihatan seperti jembalang arnab.

Oleh sebab itulah, pihak berkuasa telah megarahkan agar tanglung itu diturunkan selepas ada penduduk yang mengadu ianya memalukan.

Namun, ada juga sesetengah warganet pula mengatakan rekaan tanglung itu biasa-biasa sahaja.

Untuk pengetahuan anda, dalam budaya masyarakat Cina, haiwan arnab dianggap sebagai haiwan yang lembut dan comel, so mungkin tanglung arnab gergasi ni tak nampak macam gambaran seekor haiwan yang lembut la kot. 

Sumber: BBC 

Baca: Ini 5 Larangan Anda Perlu Tahu Jika Menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 

Page Cny

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.