5 Perayaan Disambut Oleh Kaum Cina di Malaysia. Bukan Tahun Baru Cina Je Tau!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebagai sebuah negara berbilang kaum, Malaysia memang terkenal dengan masyarakat berlainan bangsanya yang sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai. Oleh sebab wujudnya pelbagai kaum ini, kita semua dapatlah merasa pelbagai jenis perayaan yang disambut setiap tahun. Best kan?

Tapi korang tahu tak, selain Tahun Baru Cina ada lagi perayaan lain yang disambut bangsa ini? Haa ini kami senaraikan lima sambutan lain yang diraikan oleh kaum Cina di Malaysia.

 

1. Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina mungkin sambutan perayaan kaum Cina yang paling popular di Malaysia. Setiap tahun, perayaan ini disambut meriah oleh mereka berbangsa Cina selama 15 hari bagi meraikan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Pada malam Tahun Baru, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga.

Kebiasaannya, sambutan Tahun Baru Cina ni memang sinonim dengan makanan seperti yee sang, kuih bulan dan limau mandarin.Korang yang ada jiran berbangsa Cina tu mesti dapat makanan ni setiap tahun kan? Pemberian angpau pula sebenarnya hanya dilakukan oleh mereka yang sudah kahwin. Wang angpau akan dimasukkan ke dalam sampul merah untuk diberikan kepada kanak-kanak, remaja, mahupun yang belum berkahwin. Bestnya umur 30 tahun pun dapat angpau sebab belum kahwin kan! 

Sumber: Carrybeans
Sumber: Pamper

 

2. Pesta Tanglung

Perayaan yang juga dipanggil Chap Goh Mei ini diadakan sebagai penutup bagi perayaan Tahun Baru Cina. Pesta tanglung merupakan malam pertama bulan purnama selepas Tahun Baru Cina. Pada malam tersebut, tanglung berwarna-warni akan dinyalakan dan mercun akan dibakar untuk memeriahkan lagi sambutan.

Menurut adat kaum Cina, tujuan mercun dibakar untuk menghalau makhluk jahat yang kejam. Makhluk tersebut dikatakan akan takut sekiranya mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh mercun. Difahamkan, terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapatkan pasangan pada waktu ini. Amoi yang belum kahwin tu boleh try! 

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Lipstiq

 

3. Perayaan Kuih Bulan

Sejarah perayaan kuih bulan dikatakan bermula sebagai menyambut kemenangan orang Cina kalahkan Mongol pada akhir pemerintahan Dinasti Yuan zaman dulu kala. Perayaan ini juga dikaitkan dengan Chap Goh Mei, namun ia adalah perayaan yang berbeza. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar Cina.

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini sudah semestinya kuih bulan itu sendiri. Kuih bulan biasanya dibuat daripada adunan manis berinti kacang merah, biji teratai mahupun kuning telur masin. Terdapat juga tradisi mengatakan bahawa kuih bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur agar mulutnya terkunci selepas memakan kuih bulan. Oleh itu, dia tidak akan dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaya Syurga.

Sumber: Fusong
Sumber: Scmp

 

4. Pesta Perahu Naga

Pesta ini juga dikenali dengan nama Dragon Boat Festival dan kebiasaannya akan disambut pada hari kelima bulan kelima dalam kalendar Lunar. Ketika perayaan ini, kaum Cina akan mengadakan perlumbaan perahu naga dan dan memakan zongziZongzi adalah sejenis makanan tradisional Cina berbentuk tiga segi diperbuat daripada pulut. Rupa macam ketupat pun ada jugak.

Perayaan ini juga dikatakan jadi simbol semangat dan kebudayaan bangsa Cina. Diadakan setiap tahun, pelbagai perahu beraneka warna yang dihiasi kepala naga, ekor naga dan lukisan badan naga sepanjang perahu akan dapat disaksikan. Selain itu, perayaan ini juga boleh mengeratkan hubungan baik sesama mereka dan memupuk semangat berpasukan.

Sumber: Swain
Sumber: Tangfood

 

5. Winter Solstice

Jika penganut beragama Kristian tertunggu-tunggu sambutan Krismas apabila tibanya hujung tahun, kaum Cina pula tak sabar-sabar menunggu perayaan Winter Solstice ini. Disambut oleh kaum Cina pada 22 Disember setiap tahun, perayaan ini sangat sinonim dengan manisan dikenali sebagai tangyuan.

Tangyuan adalah sejenis bebola tepung beras manis yang dimakan bersama semangkuk air gula panas. Sejajar inovasi semasa, kini ada juga tangyuan yang berinti kacang merah, kacang mahupun bijan. Kaum Cina dikatakan sering menyediakan manisan ini bersama-sama kerana tangyuan melambangkan penyatuan.

Sumber: Cikgupsk
Sumber: Huangkitchen

Waaah banyak lagi rupanya perayaan yang disambut oleh kaum Cina di Malaysia ya! Ingat sambut Tahun Baru Cina je. 

Baca: Ini 5 Larangan Anda Perlu Tahu Jika Menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.