in

6 Tempat Anda Boleh Dapatkan Pencuci Mulut Mangga Terbaik di Lembah Klang

Mango

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mangga adalah antara buah yang popular digunakan sebagai perisa pencuci mulut. Jika anda peminat tegar buah mangga, setiap kedai yang menjual pencuci mulut berperisa mangga pasti menjadi target anda kan?

Jadi, kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga tentang 6 Tempat Anda Boleh Dapatkan Pencuci Mulut Mangga Terbaik di Lembah Klang ini!


 

1. Mango Aloha

Aloha1
sumber: vkeong. Com

Mango Sticky Rice adalah menu wajib anda perlu cuba di sini. Menggunakan buah dan bahan yang segar, Mango Aloha menyediakan pelbagai pencuci mulut yang pasti dapat memuaskan craving anda. Mangga digunakan bukan mangga tempatan tetapi mangga berkualiti gred premium yang diimport khas dari Thailand.

Alamat: Lot FK-12, 1st Floor, Mid Valley Megamall 58000 Kuala Lumpur

Aloha2
sumber: vkeong. Com
Aloha3
sumber: instagram | sue cheok
Aloha4
sumber: vkeong. Com

 

2. Mango Six

Mango1
sumber: instagram | mangosix

Kalau anda peminat drama Korea, sudah semestinya anda familiar dengan Mango Six ini. Baru dibuka di Puchong, kedai ini tidak perlu mengambil masa yang lama untuk dikenali kerana sememangnya peminat K-Pop ternanti-nanti akan pembukaan kafe ini. Nak tau apa yang superb? Cubalah Mango Tango!

Alamat: 11, Jln Puteri 7/13A, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Mango2
sumber: instagram | eva leow
Mango3
sumber: instagram | qiqi boon
Mango4
sumber: twitter. Com

 

3. Mango Cottage by Hui Lau Shan

Cottage1
sumber: facebook

Ini baru betul-betul khas untuk peminat mangga! Bukan setakat pencuci mulut berperisa mangga, Mango Cottage turut ada makanan yang dicicah dengan sos mangga seperti Potato Wedges dan Chicken Fingers. Dengan harga yang berpatutan, Mango Feast adalah antara menu paling disukai pelanggan.

Alamat:  No. 49, Jalan Radin Tengah, Business Zone J6, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur

Cottage3
sumber: facebook
Cottage4
sumber: facebook
Cottage5
sumber: daphnescapades. Com

 

4. Hokkaido IceCream Puff

Puff
sumber: malaysian flavours

Selalu kita lihat cream puff berintikan kastard dan krim tetapi lain pula kali ini kerana anda boleh nikmati cream puff bersama-sama dengan aiskrim. Hanya bermula secara kecil-kecil di Kampar, kini Hokkaido IceCream Puff sudah menambahkan cawangan. Anda boleh dapatkannya di Kepong, Sungai Long, Jonker Street, Ipoh dan Batu Pahat.

Alamat: No. 19, Jalan 9/62a, Kepong 52200 Kuala Lumpur

Puff2
sumber: instagram | shaine sook hsien
Puff1
sumber: instagram | ellyn loke
Puff3
sumber: instagram | ashley

 

[sociallocker id=1666]

5. Snowflake

Snow2
sumber: instagram | winnie c

Menjual pencuci mulut pelbagai perisa dan pencuci mulut berperisa mangga adalah antara yang menjadi pilihan pelanggan di Snowflakes. Dari manis hingga masam, anda tidak harus melepaskan peluang mencuba kesemua pencuci mulut berperisa mangga di sini. Kalau suka masam, wajib rasa Mango Jade!

Alamat: 2F-33, Level 2, Paradigm Mall 60000 Petaling Jaya, Selangor

Snow3
sumber: instagram | margie wu
Snow4
sumber: yelp
Snow5
sumber: instagram | farhan

[/sociallocker]

 

6. Hanbing

Hanbing2
sumber: instagram | hanbing

Bagi peminat makanan dan pencuci mulut Korea, Hanbing sudah semestinya popular dalam kalangan mereka. Produk yang dijual tidak tertumpu kepada perisa mangga semata-mata tetapi jika anda pertama kali cuba dan peminat tegar mangga, anda perlu rasa Mango Bingsu dari Hanbing!

Alamat: 33, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur

Hanbing3
sumber: instagram | athirah rosli
Hanbing4
sumber: instagram | amanda lim
Hanbing1
sumber: instagram | bella rais

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.