in

6 Taman Tema Air di Malaysia Kita Pernah Kunjungi Tapi Kini Ditutup

Theme Park

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingat tak masa kecil-kecil dulu ibu bapa pernah bawak kita jalan-jalan kat taman tema air? Waktu tu itulah saat paling menggembirakan dalam hidup kita sebab boleh bermain sepanjang hari dan tak kena buat kerja sekolah.


Bila dah meningkat dewasa, ramai tak tahu banyak taman tema air yang kita selalu kunjungi dulu sekarang dah banyak berubah ataupun dah kena tutup terus. Ini 6 taman tema air di Malaysia yang pernah kita kunjungi tapi kini ditutup:

 

1. Desa WaterPark, Kuala Lumpur

Tarikh: 2000 – 2016

Lepas dibuka untuk hiburan orang ramai pada 16 tahun lepas, Desa WaterPark akhirnya ditutup pada 30 September 2016. Dulu kat sini ada gelongsor air antara terpanjang di Asia dan banyak lagi tarikan menarik.

Walaupun taman tema air ni dah tak sepopular masa awal-awal bukak, masih ramai yang berkunjung ke sini saban hari. Tanah tempat buat taman tema ni dijual kepada Aset Kayamas Sdn Bhd untuk pelbagai projek pembangunan termasuk banglo, menara dan kondominium.

 

2. Mimaland, Selangor

Tarikh: 1971 – 1994

Masa tahun 1971, taman tema pertama di Malaysia dibuka kepada orang ramai. Waktu ni semua orang excited nak melawat tempat yang dipanggil Mimaland. Mimaland ni sebenarnya akronim untuk Malaysia in Miniature Land. Taman tema ni dulu memang meriah dan jadi tempat tujuan untuk keluarga nak bersuka ria habiskan masa dengan keluarga.

Siap ada mini Jurassic Park tau! Kat taman tema yang terletak di Ulu Gombak ni ada tasik besar, maze besar, slide besar dan semua yang besar-besar belaka. Tapi disebabkan banyak sangat insiden malang dan kejadian buruk berlaku, taman tema tu terpaksa ditutup.

 

3. Wet World Wild Adventure Park, Penang

Tarikh: 2013 – 2014

Taman tema yang terletak kat Moonlight Bay, Batu Ferringhi ni dulu dikatakan merupakan salah satu seawater adventure park pertama ditunggu-tunggu warga Pulau Pinang waktu tu. Taman tema ni ada sediakan macam-macam tarikan menarik outdoor macam rock climbing, running trakcs dan trampolin.

Tapi tarikan kat sini lain dari yang lain sebab semuanya terapung kat atas air! Pun begitu, banyak aduan diterima mengatakan dorang dah susah nak akses bahagian pantai dan tiket dikhabarkan semakin lama semakin mahal. Disebabkan tu taman tema ni terpaksa ditutup lepas dibuka tak sampai setahun.

 

4. Taman Teman Air Safari Lagoon, Kuala Lumpur

Tarikh: 1998 – 2007

20 tahun lepas taman teman rooftop pertama dibina kat Pandan Safari Shopping Complex dan sepatutnya jadi taman tema ketiga yang terbesar di Asia Tenggara masa tahun 1998 tu. Taman tema Safari Lagoon berkenaan terletak kat tingkat tujuh dan taman tema jenis macam tu paling besar di negara kita.

Taman tema ni bertemakan safari dan memang popular dalam kalangan warga tempatan masa tahun 2007. Tapi lepas tu ada orang bongkarkan rahsia yang kat situ pekerja pernah terbunuh sebab terperangkap dalam pam air. Paling teruk, khabarnya taman tema tu dikatakan beroperasi tanpa lesen selama lebih 8 tahun yang lalu. Lepas banyak sangat kes, taman tema tu akhirnya ditutup.

 

5. Starlight Express Theme Park, The Mall, Kuala Lumpur

Tarikh: 1987 – 2006

Dulu Taman Tema Starlight Express yang terletak kat The Mall Jalan Putra ni memang popular. Banyak keluarga gemar berkunjung ke taman tema ni sebab boleh kata tempat tu paling up-to-date la waktu tu. Lagipun The Mall pada ketika tu merupakan pusat beli belah paling besar kat Malaysia.

Kat Starlight Express ni ada banyak tarikan menarik dan pelbagai permainan bagi mereka yang suka aktiviti mendebarkan. Tapi bila dah lama-lama, ada lebih banyak pusat beli belah baru. Jadi The Mall dah tak berapa mendapat sambutan dan akhirnya terpaksa ditutup pada tahun 2006.

 

6. Mines Wonderland Theme Park, Selangor

Tarikh: 1997 – 2011

Mines Wonderland ni memang salah satu taman tema paling menakjubkan di awal pembukaannya sebab ada banyak sangat tarikan dan permainan menarik kat sini. Jadi ramai ibu bapa suka bawak anak-anak dorang berseronok kat sini.

Taman tema ni dibina sebagai sebahagian Mines Resort City. Ini bermakna tempat berkenaan dibina atas bekas lombong biji timah terbesar di dunia. Wow! Memang besar betul la maknanya tempat ni! Siap ada zoo kecil lagi kat dalam tempat ni tau! Tapi taman tema ni terpaksa ditutup pada tahun 2011 dan digantikan dengan Mines Wellness City yang kita nampak hari ni.

Alaaa semuanya dah ditutup. Rindu pulak memori main kat taman tema masa kecik-kecik.

Baca: Kisah Penutupan Safari Lagoon, Taman Tema Air Rooftop Pertama Di Malaysia

Tetruptue

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.