in

Kisah Penutupan Safari Lagoon, Taman Tema Air Rooftop Pertama Di Malaysia

Ari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang Malaysia memang suka taman tema air ni. Tambah-tambah lagi bila dorang boleh bawak satu family main dekat situ masa hujung minggu. Untuk eratkan hubungan kekeluargaan gituuuu!

Kalau makin unik tempat tu, lagi excited lah dorang nak datang! Ni dapat dilihat apabila taman tema air rooftop pertama di Malaysia dibuka masa tahun 1998! Mungkin ada antara korang yang ingat, mungkin ada yang tak tahu langsung tentang kewujudan tempat ni.


So admin nak imbas balik tentang kisah taman teman air yang pernah famous suatu ketika dahulu ni! Jom!

 

1. Hiburan Atas Kompleks Beli-Belah

Ari000
gambar hiasan

Lebih kurang 20 tahun  yang lalu, sebuah taman tema air yang sangat rare telah dibuka di Malaysia. Kenapa rare? Sebab dia dibuka dekat tingkat 7 sebuah kompleks beli-belah iaitu Pandan Safari!

Korang tahu tak yang taman tema air rooftop ni adalah yang ketiga terbesar kat Asia Tenggara pada masa tu? Hebat gila! Kos perbelanjaannya jugak dikatakan menelan belanja sebanyak RM 28 juta!

Tempat hiburan keluarga ni terletak kat Pandan Perdana, di antara Cheras dan Ampang. Safari Lagoon ni memang dianggap unik lah pada waktu tu sebab dihiasi dengan tumbuhan hijau dan ada patung zirafah yang menjenguk dari atas bangunan itu. Memang safari habis!

Membawakan tema ‘hutan dalam bandar’, pengurusan taman tema ni menyediakan bermacam kemudahan dan permainan seperti gelongsor air, kolam ombak dan taman permainan kanak-kanak. Happening habislah!

 

2. Kematian Yang Membongkar Rahsia

Ari6
gambar hiasan

Walaupun mendapat sambutan hangat daripada orang ramai especially dari Lembah Klang, tapi Safari Lagoon telah dilanda masalah besar pada tahun 2007. Seorang pekerja taman tema air itu dilaporkan mati lemas akibat terperangkap dalam penyedut air tekanan tinggi masa cuba mendapatkan barang salah seorang pengunjung kat situ.

Lebih memeranjatkan, insiden tu telah membongkar rahsia gelap taman tema air ni. Rupanya setelah lapan tahun beroperasi, dorang sebenarnya tak dapat kelulusan lesen pun daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). What?!

Sumber lain jugak memberitahu yang Safari Lagoon sebenarnya telah diarahkan tutup pada tahun 2005. Tapi taman tema ni still bukak untuk dua tahun lagi sampai 2007 sebelum ditutup terus.

 

3. Tidak Dapat Diselamatkan

Ari0
gambar hiasan

Pihak pengurusan masih cuba untuk hidupkan tempat tu dengan membina sebuah restoran iaitu ‘Anjung Kayangan Steamboat & Seafood Restaurant’ tapi usaha tu ternyata gagal dan dorang pun akhirnya gulung tikar. Memang tak dapat diselamatkan lagi…

Bukan je Safari Lagoon yang terkubur sepi, tapi Kompleks Beli-belah Pandar Safari tu pun turut terima nasib yang sama bila dorang pun mengakhiri perniagaan pada tahun 2015.

 

4. Terus Terbiar Sepi

Ari3
gambar hiasan

Lepas ditutup untuk selamanya, tak ada berita langsung tentang bangunan ni. Tak ada pun plan pembangunan kembali untuk membaik pulih tempat ni. So memang terbiar sepi lah.

Sekarang pun, korang mesti perasan bangunan ni kalau korang adalah pengguna Lebuhraya MRR2.

Ari1
gambar hiasan

Scary jugak nak mandi manda atas rooftop…

Baca: 3 Tempat Terbiar dan Penuh Misteri Digeruni Penduduk Kuching, Sarawak

Ari11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.