in

6 Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan – MITI

Kilang Kerjaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di enam negeri yang diumumkan semalam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menyenaraikan beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP ini.


Menerusi kenyataan media Menteri Kanan & Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berikut enam sektor yang dibenarkan beroperasi: 

Erg

Erg Hw Veaiyz72

Erg Hw9Vcaiy3Qn

Erg Hw Uyaef4Gb

Dalam kenyataan tersebut juga, menurut Azmin, bagi syarikat yang berdaftar dengan database MITI, mereka tidak perlu untuk mendaftar sekali lagi untuk beroperasi semasa PKP.

“Syarikat-syarikat yang berkenaan hanya perlu memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang boleh dimuat turun mulai hari ini, 12 Januari 2021 bermula jam 3.00 petang. 

“Syarikat-syarikat sektor pengilangan dan pembuatan dalam perkhidmatan perlu yang belum berdaftar dengan CIMS boleh berbuat demikian di pautan https://notification.miti.gov.my mulai pukul 3.00 petang, 12 Januari 2021.

“Surat notifikasi pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun oleh syarikat selepas pendaftaran,” katanya.

20200723Ym04

Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa adalah wajib membawa satu salinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja/surat pengesahan majikan.

Ini bertujuan mempermudahkan pergerakan kenderaan komersial dan juga pergerakan pekerja antara kediaman dan tempat kerja.

Pihak MITI juga telah memaklumkan kepada pihak PDRM berhubung perkara ini bagi memudahkan pergerakan di operasi sekatan jalan raya (SJR).

Baca: [TERKINI] 6 Negeri Ini Akan Jalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 Bermula Rabu Ini!

Muhyiddin

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.