Pelik tapi benar, itu yang boleh digambarkan apabila ‘misteri’ 57 nelayan telah dijangkiti Covid-19 selepas 35 hari berada di laut walaupun seluruh krew telah diuji negatif sebelum meninggalkan pelabuhan.
Menurut sumber, kementerian kesihatan untuk wilayah Tierra del Fuego, Argentina berkata, kapal pukat itu kembali ke pelabuhan setelah beberapa anak kapal mula menunjukkan gejala khas Covid-19.
Menurut kementerian itu, 57 pelaut dari 61 awak-awak kapal telah didiagnosis dijangkiti virus itu walaupun telah menjalani satu ujian baru, dan semua krew anak kapal menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di sebuah hotel di bandar Ushuaia.
Baki dari 4 jumlah tersebut, dua dari pelaut telah diuji negatif dan dua yang lain sedang menunggu keputusan ujian.
Pengarah Perawatan Kesihatan Primer di Tierra del Fuego, Alejandra Alfaro buntu untuk menentukan bagaimana krew kapal ini dijangkiti sedangkan tidak berhubung dengan orang luar.
“Sukar untuk menentukan bagaimana anak kapal ini dijangkiti, ini mengambil kira 35 hari selama mereka tidak berhubung dengan orang-orang di darat,”
Argentina turut mencatatkan lebih 100,000 kes Covid-18 pada Ahad lalu dan jumlah kematian meningkat kepada 1,859. Sebilangan besar jangkitan dilaporkan berlaku di kawasan Buenos Aires.
Baca: Seram! Saintis China Jumpa Virus Baru Dalam Badan Khinzir, Boleh Jangkit Manusia