in

5 Tempat Penginapan Unik di Melaka

Page 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melaka adalah salah satu destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan  luar negara. Apatah lagi dengan status negeri itu sebagai tapak sejarah UNESCO yang diperoleh sejak 2008, setiap tahun Melaka dikunjungi pelancong.


Penginapan di Melaka terlalu banyak untuk disenaraikan namun bagi membantu anda, kami kongsikan 5 tempat penginapan unik di Melaka.

Uniknya penginapan ini tidaklah hanya tertumpu kepada reka bentuk yang unik tetapi juga cerita atau sejarah di sebalik penginapan ini serta perabot dan dekorasi.

 

1. D’Brug Home Stay

Brug

Homestay ini terletak di tepi sungai Melaka dan hanya 5 minit sahaja dari Jonker Walk jika anda berjalan kaki. D’Brug menawarkan ruang tamu serta bilik yang selesa dengan bertemakan moden mewah yang memberikan rasa ketenangan buat setiap pengunjung.

Brug4

Brug3

Brug1

Lokasi: 18, Kampung Pantai Melaka, 75200 Melaka

Hubungi: 012-374 6916

 

2. The Loft @ 13 Hibiscus

Loft1

Rumah ini merupakan sebuah rumah 3 tingkat yang menarik dan masih asli, dibina sebelum Perang Dunia ke-3. Apartmen ini dilengkapi dengan kemudahan moden selain perabot yang unik bagi memberi keselesaan para tetamu.The Loft terletak beberapa minit dari Jonker Walk dan turut menawarkan pengangkutan ulang-alik ke lapangan terbang untuk tetamu mereka.

Loft2

Loft3

Loft4

Lokasi: 13, Jalan Bunga Raya 75200 Melaka

Hubungi: 010-279 7328

 

3. Ohana House 2

Ohana

Terletak di tengah bandar Melaka dan menawarkan keselesaan yang unik kepada tetamu yang bercuti untuk berehat sepenuhnya dan menenangkan fikiran. Dilengkapi dengan dekorasi diilhamkan oleh Maleka antik, mereka turut menyediakan basikal dan kereta untuk disewakan.

Ohana1

Ohana3

Ohana5

Lokasi: 14, Lorong Gereja, 75000 Melaka

Hubungi: 017-679 3066

 

4. Klick-Klock Homestay

Klick3

Rumah ini menawarkan sebuah bilik tidur tetamu besar yang telah diubahsuai dari sebuah bangunan sebelum perang terletak di Pusat Warisan Dunia UNESCO. Terletak di Jalan Jawa, keluasan tingkat atas dan bawah rumah ini dianggarkan sebesar 1000 kaki persegi.

Klick4

Klick5

Klick6

Lokasi: Jalan Jawa, Kampung Pantai, 75100 Melaka

Hubungi: 012-680 0750

 

5. Rimba Mac Villa Melaka Retreat Guesthouse

Villa

Villa yang dilengkapi dengan tujuh bilik tidur ini lebih sesuai bagi mereka yang inginkan privasi untuk membuat perjumpaan bersama keluarga atau rakan-rakan. Terletak di Zon Warisan Dunia UNESCO, selain untuk penginapan anda juga boleh adakan sesi pengambaran filem, foto atau video shooting, majlis perkahwinan, pelancaran produk atau pameran seni.

Rimba2

Villa2

Villa4

Lokasi: 10, Mac Villa, Jalan ALP 1, Taman Ayer Leleh Permai, 75050 Melaka

Hubungi: 011-066 3980

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.