5 Taktik Untuk Elak Makcik Bawang Time Raya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Rasa macam baru semalam je start puasa, tengok-tengok dah nak raya gais! Pakai baju raya cantik-cantik, smart-smart sambil hidangkan ketupat dan rendang kat tetamu, memang mood raya habis!

Tapi jaga-jaga sebab dalam kalangan tetamu ni confirm wujud makcik-makcik bawang yang boleh buat mood seronok beraya korang berubah. So untuk korang yang tak nak bad mood di pagi Aidilfitri mulia, mungkin boleh cuba buat tujuh perkara ni untuk mengelak dari makcik-makcik bawang!

 

1. Buat-buat busy kat dapur

Ni benda first korang boleh buat kalau nak mengelak dari makcik bawang yang datang raya kat rumah. Nampak je kelibat dorang, korang cepat-cepat la pergi buat-buat basuh pinggan ke, tolong mak kat dapur ke. Berlakon rajin la sikit.

Gambar hiasan

 

2. Pura-pura tak sihat

Nak elak makcik bawang yang datang beraya tapi tak sure nak buat macam mana? Tak payah pening-pening, korang pura-pura la sakit! Lepas bersalaman tu korang minta diri nak masuk bilik, cakap kurang sihat. Haaa kan senang tu!

Gambar hiasan

 

3. Layan budak-budak datang beraya

Ni taktik ketiga yang korang boleh cuba supaya tak perlu nak hadap makcik bawang dan rosakkan mood raya. Korang layan je budak-budak yang datang beraya kat rumah tu. Budak kan banyak kerenah, so confirm korang tak menang tangan nak layan semua!

Gambar hiasan

 

4. Acah sibuk jaga anak saudara

Ni satu lagi benda boleh buat. Korang acah-acah la sibuk jaga anak saudara korang tu. So tak perlulah korang layan makcik bawang dah. Korang tolong la buatkan susu takpun suapkan makanan kat anak saudara tu.

Gambar hiasan

 

5. Susun selipar tetamu tak siap-siap

Taktik ni letih sikit tapi berbaloi. Demi nak mengelak makcik bawang punya pasal, korang boleh pergi susun semua selipar raya, kasut raya saudara mara yang datang beraya tu. Susun tu kasi ala-ala korang ni perfectionist supaya makcik bawang dah nak balik nanti baru kau siap.

Gambar hiasan

Haa amacam, berguna tak tricks ni? Kalau korang ada idea lain, share la dengan admin kat ruangan komen please!

Baca: 7 Jenis Gelagat Ahli Keluarga dan Saudara Mara Yang Anda Akan Temui Setiap Hari Raya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.