in

5 Struggle Nak Nampak Hot Depan Gegadis Di Hari Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari Raya Aidiladha adalah hari yang mana golongan lelaki paling sibuk dalam uruskan ibadah korban di masjid atau surau tempat masing-masing. Dalam sibuk membantu urusan korban, orang lelaki kenalah jaga penampilan sebab orang perempuan suka tengok lelaki kemas dan bergaya bro!


Disebabkan admin faham perasaan para lelaki yang rasa payah nak kekal bergaya dan kemas semasa sibuk-sibuk tolong melapah daging tu, meh abam nak senaraikan struggle lelaki untuk sentiasa nampak hot depan gegadis di hari raya. 

 

1. Pakai baju mahal nanti takut rosak, pakai Pagoda macam selekeh sangat!

Ni lah antara masalah major lelaki bila tiba Hari Raya Korban! Macam kaum perempuan, kita orang pun nak jugak bergaya time hari raya. Tapi masalahnya, pakai baju lawa-lawa pun takde guna bila korang nanti akan bergelumang dengan darah dan kotoran! Sebab tu lah masa raya korban ni ramai yang pakai baju Pagoda tu je. Takde pun yang gigih nak beli baju raya baru. Hmm… keluar air mata akuuu!

 

2. Asyik berpeluh je masa ibadah korban 

Kalau korang terlibat dalam team sembelih lembu, mesti badan asyik basah dengan peluh kan? Macam mana nak nampak hot depan gegadis kalau tubuh asyik bau busuk? Lelaki ni bukannya saja-saja nak biar badan kita orang berpeluh tau, tapi orang kata kalau badan banyak berpeluh ni tandanya kita orang rajin dan tak malas nak buat kerja. Ehem! Untung kalau korang ambik kita orang jadi calon suami! Hiks! 

 

3. Baju macam champion #OOTD, tapi kasut pulak buat spoil 

Gambar hiasan

Logiklah kalau masa sembelih lembu tu kaki terkena darah atau pasir yang ada kat kawasan tu. Sebab nak elak kasut kena kotoran, orang lelaki ni terpaksalah jadi macam rempit sikit pakai selipar je ke masjid. Memanglah nampak selekeh kan, tapi nak buat macam mana?

 

4. Nampak dah macho tapi rupanya takut darah

Kadang-kadang lelaki ni nampak je macho dan gagah tapi bila suruh tolong sembelih lembu, lemah longlai lutut beb! Ada yang sampai pengsan atau termuntah-muntah sebab tak sanggup tengok lembu kena sembelih. Tapi abang steady je dik! Haa part ni memang malu habislah kalau orang perempuan tengok. Jatuh air muka yang handsome nii! Uhukkk…

 

5. 10 jam nak perfect-kan hairstyle, tapi jadi messy pulak lepas sibuk membantu di surau 

Sesetengah perempuan memang suka tengok rambut lelaki nampak kemas dan bergaya dalam apa jua keadaan. Tak kiralah semasa korang tengah menyembelih lembu ke, tengah memotong daging ke, atau tengah sibuk memasak di kawah belakang surau ke… korang kenalah jaga rambut tu dan jangan biarkan ia nampak messy!

Sebenarnya memang susah nak nampak hot je sentiasa. Tapi mujurlah ada produk rambut yang best macam Code 10, akhirnya korang takkan alami masalah messy hair lagi. Yabedabeduuu!

Rambut korang akan sentiasa nampak KEMAS dan BERGAYA. Bila dah hensem-hensem barulah gegadis suka.

Dengan pengalaman 40 tahun dalam menggayakan rambut lelaki Melayu, Code 10 ada semua jenis produk yang dicari-cari di pasaran. Krim rambut? Wax? Gel? Pomade? Semua Code 10 ada tau! So kalau korang para lelaki nak nampak bergaya dan kemas di hadapan gegadis macam Zul Ariffin kat atas tu, haa Code 10 lah produk paling sesuai untuk korang!

Gerenti lepas ni ramai yang cair tengok korang! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.