5 Situasi Yang Confirm Peniaga Online Terpaksa Hadap Setiap Hari

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sekarang ni macam-macam apps yang korang boleh guna untuk tambah pendapatan. Lagipun, sekarang ni ramai je yang lebih suka nak shopping online dari pergi kedai sebab lagi jimat masa.

Tapi, semua peniaga online pastinya akan ada masalah komunikasi sikit dengan customer sebab cakap pakai mesej je. Kadang boleh jadi gila melayan customer yang banyak ragam tu. Ni 5 situasi yang confirm peniaga online terpaksa hadap setiap hari.

 

1. PM! PM! PM!



Ini problem biasa yang jadi tapi boleh boleh buat peniaga online frust menonggeng! Korang yang buat bisnes online ni biasalah akan buat iklan produk atau servis kat akaun media sosial. Ayat dan info baik punya korang karang nak senangkan pelanggan. Kira apa yang dorang kena buat is contact terus korang kalau berminat. Tapi, customer-customer ni still akan komen PM je kat situ.

Kita peniaga, kita pulak yang kena PM customer…

Sumber: Facebook

 

2. Customer asyik tanya harga

Memang hak pembeli nak tahu harga barang atau servis yang dijual peniaga. So, peniaga online kenalah letak harga nak bagi senang customer survey barangan yang dijual. Tapi, yang annoying nya, walaupun korang dah letak harga, masih ada yang  komen atau mesej tanyakan harga barang yang dijual. Korang pun terpaksalah jawab satu-satu mesej orang-orang yang malas nak membaca ni. Customer is always right la katakan…

 

3. Banyak persoalan tapi akhirnya…



Bila ada customer mesej, korang pun happy lah. Harap-harap terjuallah kan barang korang ni. Lepastu macam-macam dia tanya beb! Nampak harapan di situ, orang ni memang potential customer. Dia confirm nak beli punya. Dorang tanya setiap detail pasal barang yang korang jual, korang pun seronok layan. Sekali tup tup, dia tak jadi beli weh! Buat penat je layan orang macam ni! Nak sedapkan hati punya pasal, korang pun kata takpelah belum ada rezeki…

 

4. Customer confirm beli, tapi…

Kalau tadi customer banyak tanya tapi tak beli, yang ni pulak sejenis cepat je proses. Senang gila deal dengan orang macam ni. Dia terus confirm beb nak beli. Tak yah tanya banyak-banyak. Lepas tu, pantaslah dia mintak nombor akaun apa semua. Tapi last-last, menyepi je. Takpun, cancel last minute bila semua barang dah siap. Bila korang mesej tanya, oi siap marah wehh! Macam dia pulak yang mangsa!

Sumber: Blog

 

5. Asyik mintak diskaun

Kalau peniaga online yang kecik-kecik ni, korang takde modal banyak. Untung pun takdelah banyak mana. Tapi customer korang ni tak paham-paham. Asyik je mintak diskaun walaupun korang dah terangkan elok-elok kat dia. Dorang pulak jenis tak malu nak mintak banyak-banyak kali eventhough korang kata tak boleh. Tak paham bahasa ke hah? Yang lebih sakitkan hati, bila dia marah korang balik, kata korang ni kedekut.  Aduh! Parah weh customer camni!



Macam-macam perangailah customer ni. Kadang penat peniaga online nak layan satu-satu kerenah. Tapi apa-apapun kenalah jugak sebab semua tu lumrah seorang peniaga online. Semoga cabaran yang mendatang menjadikan anda lebih kuat untuk terus maju dalam perniagaan.

Korang pernah dapat customer macam ni?

Baca: Peniaga Marah Bila Tanya Harga Tapi Tak Beli? Ini 7 HAK PENGGUNA Semua Kena Tahu!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.