in

5 Sebab Rakyat Malaysia Tak Sabar Nak Ke Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire Oktober Ini!

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hype memang luar biasa, sejak acara Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire diumumkan bakal berlangsung di Malaysia, ia terus jadi topik hangat dan bualan ramai di media sosial!

Lebih gempak, acara ini berjaya mencatat lebih 20,000 tiket terjual pada hari pertama jualan, sekaligus mencipta rekod sebagai jualan hari pembukaan tertinggi dalam sejarah jelajah Hot Wheels Monster Trucks Live™!


Atas sambutan & feedback yang luar biasa…

Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire kini membuka sesi ke-5 dan terakhir bagi meneruskan gegaran di Unifi Arena dari 16 hingga 18 Oktober 2026!

Photo1B Finalshowhori

Bukan acara biasa-biasa, Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire kini jadi 5 sesi penuh aksi selama 3 hari berturut-turut, memberi peluang terakhir untuk peminat grab tiket ke acara sulung mereka di Malaysia!

Rakyat Malaysia sekarang memang tengah excited habis untuk acara ni! Nak tahu kenapa? Jom baca dekat bawah:

1. Ini merupakan hentian pertama di Asia, terus dari A.S

Siapa sangka Malaysia bakal menjadi hentian pertama untuk jelajah Hot Wheels Monster Trucks Live™ di Asia!

Photo4

Selepas membuat debut di Texas pada tahun 2019, acara ini telah menjelajah ke 28 negara di seluruh dunia dengan penuh aksi.

Kini rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan sendiri acara bertaraf antarabangsa dari Amerika Syarikat tanpa perlu merantau jauh ke luar negara. Semua aksi gempak kini ada depan mata je!

2. Mainan Hot Wheels kegemaran kini jadi gergasi sebenar

Hwmtl Eventphoto5 Skelesaurus 1

Bayangkan trak Hot Wheels yang dulu kita main dan kumpul waktu kecil, kini jadi gergasi sebenar depan mata. Bukan satu benda yang kita akan nampak setiap hari di Malaysia kan?

Sebab itulah pasti ramai peminat akan teruja apabila dapat lihat sendiri Hot Wheels Monster Trucks kegemaran mereka ‘keluar’ dari kotak mainan dan hidup di dunia realiti.

Bersedia untuk saksikan 7 trak kegemaran termasuk:

  • Mega Wrex™
  • Tiger Shark™
  • Bone Shaker™
  • Bigfoot®
  • Gunkster™
  • Skelesaurus™
  • Rhinomite™

Photo3A Tigershark

Belum cukup dengan itu, ini satu lagi benda rare yang kami nak kongsikan. Hot Wheels bakal menjual trak collectable edisi terhad khas sempena acara ini hanya di Unifi Arena nanti!

Direka dengan gabungan elemen ikonik monster trucks yang korang bakal tengok secara live depan mata, koleksi istimewa ni memang wajib jadi rebutan peminat Hot Wheels. Stok sangat terhad, jadi siapa cepat dia dapat!

Fb Ig Feed Lm 2026 6

3. Aksi stunt yang gempak!

Korang memang takkan sempat nak blink sebab setiap aksi yang dibawakan memang luar biasa. Dari lompatan ekstrem sampai ke stunt luar biasa oleh pemandu trak profesional, semua benda yang berlaku depan mata confirm buat korang menjerit “WOAH!” tanpa henti.

Hwmtl Eventphoto1 Boneshaker

Satu saat korang akan nampak trak-trak gergasi ni terbang buat lompatan ekstrem lawan graviti, lepas tu terus rempuh kereta di arena.

Tambah pula dengan aksi freestyle motocross, visual bercahaya, efek api dan bunyi enjin yang gegarkan arena, memang tak pelik kenapa ramai peminat tak nak lepaskan peluang tengok semuanya secara live!

Photo3C Mega Rex

4. Orang dewasa adalah target audience sebenar

Percaya tak, sebenarnya yang paling excited nak pergi Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire ni bukan budak-budak je, orang dewasa pun sama-sama teruja nak layan show ni!

Hwmtl Eventphoto8 Vippreshow

Walaupun anak-anak yang minta ibu bapa belikan tiket, hakikatnya mereka pun diam-diam tengah ‘check’ tiket sama-sama.

Mana taknya, peluang tengok trak gergasi buat aksi stunt gempak depan mata memang bukan benda yang kita akan tengok selalu!

Ada juga yang jadikan acara ini sebagai idea family day yang lain daripada biasa, bukan sekadar jalan-jalan di pusat beli belah atau tengok wayang.

Selain keluarga, golongan bujang yang masih mencari aktiviti hujung minggu pun boleh sertai keseronokan ini. Ajak geng korang dan jadikan acara ni sesi ‘friends outing’ atau ‘bro night out’ yang penuh aksi dan nostalgia.

5. Jumpa sendiri pemandu & monster truck gergasi depan mata!

Bukan sekadar datang tengok show je. Pemegang tiket VIP Pengalaman Pra-Show dapat menikmati akses istimewa yang memang lain daripada lain di acara ni nanti!

Hwmtl Eventphoto9 Vippreshow 1

Pemegang tiket VIP Pengalaman Pra-Show akan dapat akses masuk lebih awal berbanding pemegang tiket lain. Jadi ada lebih masa untuk explore sendiri trak-trak gergasi dari dekat dan jumpa pemandu profesional yang bawa monster truck ni. Siap boleh tangkap gambar dan dapatkan tandatangan sekali tau!

Hwmtl Eventphoto7 Autograph

Beli tiket dengan 10% diskaun istimewa

Istimewa untuk semua peminat Hot Wheels…

Bermula harini sehingga 7 Jun, korang berpeluang beli tiket ke acara ini di roadshow Hot Wheels di Sunway Pyramid LG2 Blue Concourse dan IOI City Mall LG East Court.

Photo2

Kalau korang memang nak pergi ke acara ini boleh terus beli tiket di roadshow sebab semua pembelian tiket di roadshow akan dapat diskaun 10%, manakala 100 pembeli terawal pula akan menerima Hot Wheels Monster Truck edisi terhad secara percuma.

Boleh lihat senarai harga tiket di bawah, termasuk harga istimewa untuk kanak-kanak:

Harga Tiket

Photo7

Tarikh & Masa

Jadi tunggu apa lagi korang? Lagi-lagi peminat Hot Wheels, korang memang kena dapatkan tiket untuk ke Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire di laman web rasmi atau pun terus ke roadshow Hot Wheels di Sunway Pyramid LG2 Blue Concourse dan IOI City Mall LG East Court.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.