5 Penuntut Institut Kemahiran MARA Terkorban, MPV Bertembung Lori

Tambah ke Sumber Pilihan
Institut Kemahiran MARA

Lima penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu maut dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish dan lori di Jalan Gayang-Tuaran, pada Jumaat.

Memetik laporan Sinar Harian, kemalangan berlaku kira-kira jam 2 petang berhampiran simpang Rela Gayang apabila MPV yang dipandu laju hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori dari arah Tuaran ke Kota Kinabalu.


Screenshot 2025 09 06 At 11.39.55 Am

Artikel berkaitan: Mowgli Malaysia Berjaya Tamatkan Kursus Teknologi Motosikal Di GIATMARA

Artikel berkaitan: “Van jenazah pun nak curi” – Lelaki Terlibat Kemalangan Rempuh Lori Lepas Curi Van Jenazah

Kesemua mangsa yang tersepit dalam kenderaan berjaya dikeluarkan pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mereka kemudian dihantar ke Hospital Tuaran untuk proses bedah siasat.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Harianto Anuar, Neil Stanley Pletinie, Mohammad Ikhwan Kurniawan, Mohamad Zuhaikal Mohd Zaidy dan Daniel Sarag Jimmy. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Screenshot 2025 09 06 At 11.40.03 Am

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tuaran atau hadir ke balai polis berhampiran.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

5 Penuntut Institut Kemahiran MARA Terkorban, MPV Bertembung Lori
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/5-penuntut-ikm-terkorban-mpv-bertembung-lori/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM