in

369 Calon Hilang Wang Deposit, Rekod Baru Pilihan Raya!

Calon Pru Hilang Deposit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan pertembungan paling sengit pernah dihadapi negara apabila ia berakhir dengan situasi tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

Untuk pengetahuan, setiap calon yang bertanding perlu meletakkan wang pendahuluan atau deposit sebanyak RM10,000 bagi kerusi Parlimen manakala RM5,000 untuk Dewan Undangan Negeri (DUN).


Kebiasaannya, deposit ini boleh dituntut selepas Keputusan Pilihan Raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus.

Pun begitu seramai 369 orang calon yang bertanding dalam PRU15 baru-baru ini dilaporkan akan kehilangan deposit berkenaan kerana tidak memperoleh lebih daripada 1/8 dari jumlah undi yang diterima oleh calon-calon yang bertanding.

Tun Dr Mahathir yang bertanding menggunakan tiket Pejuang di Langkawi antara nama yang gagal mendapatkan semula deposit setelah hanya menerima 4,566 undian daripada 48,123 undian.

315643136 703814297779100 2936040439364985927 N

Selain Tun, Datuk Seri Mukriz Mahathir juga dilaporkan kehilangan wang deposit selepas beliau gagal mempertahankan Parlimen Jerlun dengan hanya menerima 3,144 undian dan tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN).

PRU 15 yang sengit ini juga menyaksikan ramai nama-nama besar dalam kancah politik kehilangan wang deposit mereka termasuklah bekas Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin yang tewas di Ampang.

Selain Zuraida, antara menteri lain yang kehilangan wang deposit ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang hanya menerima 1,939 undian.

Dalam masa yang sama, PRU 15 menyaksikan ramai muka-muka baharu selain penyertaan selebriti dan juga aktivis sosial yang bertanding, namun mereka juga kehilangan wang pendahuluan tersebut.

Antaranya, pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang bertanding di Port Dickson mewakili GTA, dan calon bebas Abdul Rani Kulup Abdullah yang terkenal dengan panggilan Ayahanda Rani Kulup.

Sementara itu, bilangan calon yang kehilangan deposit terbanyak dalam satu kawasan Parlimen ialah di Parlimen Baru yang menyaksikan 8 daripada 10 calon bertanding hilang deposit.

Ini termasuklah calon bebas, Siti Zabedah Kasim (Siti Kasim), Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin (Cleopatra), bekas Timbalan Presiden PKR, Tian Chua, Too Cheng Huat, Wan Azliana, Naganathan Pillai, Zulfikli Abdul Fattah dan Datuk A. Kohilan Pilay daripada Barisan Nasional.

Sumber : The Rakyat Post

Baca : GPS Setuju Bergabung Dengan PN, BN dan GRS Untuk Bentuk Kerajaan Persekutuan – Abang Jo

F5 Nmbgfh E1668950172915

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.