in

300 Orang di Kelantan Dapat Notis Kaunseling Kerana Seksi dan Perangai Tak Senonoh

Ft 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang dah biasa dengan negeri Kelantan, pastinya korang tahu bahawa negeri ni ada peraturan ketat tambah-tambah melibatkan aurat wanita dan kelakuan yang tidak senonoh. Sebab tu lah kalau artis masuk Kelantan untuk buat show, mesti dorang bertudung litup kan?

Jadi baru-baru ni, untuk mengetatkan lagi peraturan tersebut, lebih 300 orang di Kelantan telah diberi notis untuk hadiri kaunseling kerana berpakaian seksi dan berperangai tak senonoh di kawasan public, lapor WORLD OF BUZZ. Wah ramai jugak yang kena! 


1 5 1
sumber: wob

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, notis ni telah diberikan semasa beberapa siri operasi antara Januari dan Jun 2018 lepas.

“Kesemua mereka telah diberikan notis-notis tersebut dan mereka perlulah menghadiri sesi kaunseling secara berperingkat yang telah diatur pihak jabatan.

“Namun, 80% daripada mereka tak menghadiri sesi kaunseling tersebut. Kami akan hantar notis lain untuk meminta mereka hadir ke semua sesi itu,” katanya.

Haa nampaknya tak bolehlah mengelat ye! Semua wajib hadir. 

Image 4
sumber: wob 

Tambah Che Mohd Rahim lagi, kalau mereka still jugak tak hadir untuk sesi kaunseling yang kedua, maka pihak bertanggungjawab takkan teragak-agak untuk membawa kes ini ke mahkamah. Jangan main-main! 

Dalam isu lain, media NST telah membuat satu kajian dan mereka mendapati bahawa beberapa pusat beli belah yang telah mereka kunjungi di Kelantan masih menunjukkan ramai di kalangan wanita Muslim memakai ‘pakaian yang menjolok mata’.

Bagi yang masih tak tahu, perkara ini merupakan satu kesalahan berat di bawah Seksyen 5(1) Kod Jenayah Syariah Kelantan 1985, yang mana seorang Muslim didapati bersalah kalau berperangai tidak senonoh dan boleh didenda tidak lebih daripada RM1,000 dan/atau hukuman penjara tidak lebih dari 6 bulan. 

Aeon Crowd
sumber: wob

Jadi bagi mereka yang didapati bersalah oleh pihak JAHEIK, mereka perlulah menghadiri sesi kaunseling dan kalau gagal hadiri sesi tu, mereka akan didenda sebanyak RM1,000.

Mungkin kita tengok perkara ni remeh, tapi di Kelantan ia adalah isu serius kerana melanggar undang-undang kalau berpakaian tak senonoh di public. Bagi korang yang dah dapat notis tu, eloklah hadir kaunseling supaya tak timbul lagi banyak masalah dengan pihak JAHEIK.

Ada yang dah terima notis? Haa jangan lari ye! 

Baca: Apa Kata Netizen Kelantan Isu Kahwin Bawah Umur

Baca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.